Owner's Manual

36
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
lain. Anda boleh set Buka pada menu Keselamatan untuk mengalih keluar ciri
keselamatan daripada rangkaian Wi-Fi anda.
3 Sentuh Simpan.
PERHATIAN! Jika anda menetapkan pilihan keselamatan sebagai Buka,
anda tidak dapat menghalang penggunaan perkhidmatan dalam talian yang
tidak sah oleh orang lain dan caj tambahan mungkin akan dikenakan. Untuk
mengelakkan penggunaan tidak sah, anda dinasihatkan agar mengekalkan
pilihan keselamatan ini sebagai aktif.
Wi-Fi Direct
Wi-Fi Direct menyokong sambungan terus antara peranti yang didayakan Wi-Fi tanpa
memerlukan pusat akses. Disebabkan penggunaan bateri yang tinggi oleh Wi-Fi
direct, anda disyorkan untuk memasang telefon anda ke alur keluar kuasa sambil
menggunakan ciri Wi-Fi Direct. Semak rangkaian Wi-Fi & Wi-Fi Directed anda terlebih
dahulu dan pastikan pengguna disambungkan ke rangkaian yang sama.
Sambungan PC dengan kabel USB
Ketahui cara menyambungkan peranti anda ke PC dengan kabel USB dalam mod
sambungan USB.
Memindahkan muzik, gambar dan video menggunakan mod penyimpanan
massa USB
1 Sambungkan telefon anda ke PC menggunakan kabel USB.
2 Jika anda belum memasang Pemacu Platform Android LG pada PC anda, anda
akan diminta untuk menukar tetapan secara manual. Pilih Tetapan sistem >
Sambungan PC > Jenis sambungan USB, kemudian pilih Penyegerakan media
(MTP).