Owner's Manual

49
Tetapkan Kekunci Volum sama ada digunakan untuk menangkap atau
mengezum.
Buka panduan bantuan untuk mengetahui cara sesuatu fungsi beroperasi.
Simpan semula semua tetapan lalai kamera.
PETUA!
Apabila anda keluar dari kamera, beberapa tetapan akan kembali kepada
nilai lalainya, seperti imbangan putih, kesan warna, pemasa dan mod
adegan. Periksa yang berikut ini sebelum mengambil foto anda yang
seterusnya.
Menu tetapan bertindan dengan pencari pandangan, jadi apabila anda
menukar elemen warna imej atau kualiti, anda akan dapat melihat pratonton
pertukaran imej di belakang menu Tetapan.
Menangkap fotopantas
1 Buka aplikasi Kamera.
2 Dengan memegang telefon secara mendatar, halakan lensa ke arah subjek yang
hendak anda ambil gambarnya.
3 Kotak fokus akan muncul di tengah skrin pencari pandangan. Anda juga boleh
mengetik di mana-mana bahagian pada skrin untuk memfokus titik itu.
4 Apabila peti fokus bertukar menjadi hijau, kamera telah memfokus pada subjek
anda.
5 Sentuh untuk menangkap gambar.