Owner's Manual

50
Kamera
Setelah anda mengambil gambar
Ketik imej kecil di bahagian bawah skrin Kamera untuk melihat foto terakhir yang anda
tangkap.
Ketik untuk mengambil foto lain dengan segera.
Ketik untuk menghantar foto anda kepada orang lain atau berkongsinya
melalui perkhidmatan rangkaian sosial.
Ketik untuk memadamkan foto.
Ketik untuk berkongsi foto anda menggunakan fungsi SmartShare.
PETUA! Jika anda mempunyai akaun SNS dan menetapkannya pada telefon
anda, anda boleh berkongsi foto anda dengan komuniti SNS anda.
NOTA: Caj tambahan mungkin akan dikenakan semasa mesej MMS dimuat
turun ketika dalam perayauan.
Sentuh kekunci Menu untuk membuka semua pilihan lanjutan.
Tetapkan imej sebagai – Sentuh untuk menggunakan foto sebagai Foto kenalan,
Kertas dinding skrin utama, Kertas dinding skrin kunci atau Kertas dinding.
Pindah – Sentuh untuk memindahkan foto ke tempat lain.
Salin – Sentuh untuk menyalin foto yang dipilih dan simpan ke dalam album lain.
Salin ke Dulang Klip – Ketik untuk menyalin foto dan menyimpannya dalam Dulang
Klip.
Namakan semula – Sentuh untuk mengedit nama gambar yang dipilih.
Putar kiri/kanan – Untuk memutar ke kiri atau kanan.
Pangkas – Pangkas foto anda. Gerakkan jari anda merentasi skrin untuk memilih
kawasan yang hendak dipangkas.