Owner's Manual

75
Pindahkan fail menggunakan Penyegerakan media (MTP)
1 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
2 Pilih pilihan Penyegerakan media (MTP). Telefon anda akan dilihat sebagai
pemacu keras yang lain pada komputer anda. Klik pada pemacu ini untuk
melihatnya. Salin fail dari PC anda ke dalam folder pemacu.
3 Apabila anda telah selesai memindahkan fail, sapu ke bawah pada Bar Status dan
sentuh USB Jenis sambungan > Cas sahaja. Anda kini boleh menanggalkan plag
peranti anda dengan selamat.
NOTA:
Sesetengah format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian peranti.
Jika saiz fail melebihi memori yang ada, ralat akan berlaku apabila anda
membuka fail.
NOTA: Hak cipta fail muzik mungkin dilindungi oleh perjanjian antarabangsa
dan undang-undang hak cipta nasional.
Oleh itu, kebenaran atau lesen mungkin perlu diperoleh untuk mengeluarkan
semula atau menyalin muzik.
Dalam sesetengah negara, undang-undang nasionalnya melarang penyalinan
peribadi bahan berhak cipta. Sebelum memuat turun atau menyalin fail, semak
undang-undang nasional negara yang berkenaan mengenai penggunaan
bahan sedemikian.