Owner's Manual

78
Utiliti
Pengurus tugasan
Anda boleh menguruskan aplikasi anda menggunakan Pengurus Tugasan. Anda dengan
mudah boleh memeriksa bilangan aplikasi yang sedang berjalan dan menutup aplikasi
tertentu. Anda juga boleh menyahpasang aplikasi yang anda telah pasang pada peranti
anda.
Tugas
Tugas ini boleh disegerakkan dengan akaun MS Exchange. Anda boleh mencipta tugas,
menyemaknya dan memadamkannya dalam MS Outlook atau MS Office Outlook Web
Access.
Untuk Menyegerakkan MS Exchange
1 Pada Skrin Utama, Sentuh > Tetapan.
2 Sentuh Akaun & selari > TAMBAH AKAUN.
3 Sentuh Microsoft Exchange untuk mencipta Alamat e-mel dan Kata Laluan.
4 Pastikan anda menambah tanda semak pada tugas Segerakkan.
Polaris Office 4
Polaris Office adalah penyelesaian pejabat mudah alih profesional yang membolehkan
pengguna melihat berbagai jenis dokumen Office dengan mudah, termasuk fail Word,
Excel dan PowerPoint di mana sahaja, pada bila-bila masa, menggunakan peranti
mudah alih mereka.
Sentuh > tab Apl > Polaris Office 4.
Melihat fail
Pengguna mudah alih kini dapat melihat dengan mudah berbagai jenis fail, termasuk
dokumen Microsoft Office dan Adobe PDF, langsung pada peranti mudah alih mereka.
Semasa melihat dokumen menggunakan Polaris Office, objek dan tataletak kekal sama
seperti dalam dokumen asal.