Owner's Manual

82
Web
Internet
Gunakan aplikasi ini untuk melayari Internet. Pelayar memberikan anda dunia
permainan, muzik, berita, sukan, hiburan, dan banyak lagi yang pantas dan penuh
warna-warni, terus pada telefon mudah alih anda, di mana sahaja anda berada dan apa
sahaja yang anda minati.
NOTA: Caj tambahan akan dikenakan semasa menyambung pada
perkhidmatan ini dan memuat turun kandungan. Semak caj data dengan
pembekal rangkaian anda.
1 Sentuh > tab Apl > Internet.
Menggunakan bar alat Web
Sentuh dan tahan bar alat Web dan luncurkan ia ke atas dengan jari anda untuk
membukanya.
Sentuh untuk ke belakang satu halaman.
Sentuh untuk pergi ke hadapan satu halaman, ke halaman yang anda
sambungkan selepas halaman semasa. Ini adalah berlawanan dengan apa
yang berlaku apabila anda menekan kekunci Kembali, yang membawa anda
ke halaman sebelumnya.
Sentuh untuk pergi ke Laman utama.
Sentuh untuk menambah tetingkap baru.
Sentuh untuk akses penanda buku.
Melihat laman web
Ketik medan alamat, masukkan alamat web dan ketik Pergi.