Owner's Manual

91
satu entri untuk melihat maklumat yang lebih terperinci.
Peratusan bateri pada bar statusTandakan untuk memaparkan peratusan tahap
bateri pada Bar Status di sebelah ikon bateri.
PENJIMAT BATERI
Ketik suis Penjimat bateri untuk menogol sama ada Dihidupkan atau Dimatikan. Ketik
Penjimat bateri untuk mengakses tetapan berikut:
Penjimat bateriTetapkan tahap peratusan cas bateri yang akan menghidupkan
Penjimat bateri secara automatik.
Mod EcoTetapkan mod Eco untuk melanjutkan hayat bateri dengan
mengoptimumkan dasar kawalan CPU secara dinamik.
Bantuan – Ketik untuk melihat maklumat bantuan pada petua penjimatan bateri.
< Aplikasi >
Lihat dan uruskan aplikasi anda.
<Ketik & bayar>
Apabila NFC dihidupkan, anda boleh menggunakan ciri ketik & bayar untuk membayar
bagi item dengan hanya menyentuh telefon anda pada pembaca di mesin. Jika peranti
anda tidak mempunyai aplikasi lalai, anda boleh melayari Google Play untuk aplikasi
pembayaran lain.
PERIBADI
< Akaun & selari >
Membolehkan aplikasi menyegerakkan data di latar belakang, tanpa mengira sama ada
anda sedang mengerjakannya secara aktif atau tidak. Menyahtanda tetapan ini boleh
menjimatkan kuasa bateri dan merendahkan (tetapi tidak menghapuskan) penggunaan
data.
< Cloud >
Tambah akaun cloud dengan cepat dan mudah menggunakan perkhidmatan cloud
pada aplikasi LG.