Owner's Manual

96
• HDD: 500 MB atau lebih ruang cakera keras bebas (Lebih banyak ruang bebas
cakera keras mungkin diperlukan bergantung pada jumlah data yang disimpan.)
• Perisian diperlukan: pemacu integrasi LG, Windows Media Player 10 atau lebih baru
NOTA: Pemacu USB Bersepadu LG
Pemacu USB bersepadu LG diperlukan untuk menyambungkan peranti LG dan
PC serta dipasang secara automatik apabila anda memasang aplikasi perisian
PC "LG PC Suite".
Menyegerakkan Peranti anda kepada PC
Data daripada peranti dan PC anda boleh disegerakkan dengan mudah dengan adanya
perisian PC "LG PC Suite" untuk kemudahan anda. Kenalan, jadual dan penanda buku boleh
disegerakkan.
Prosedurnya adalah seperti berikut:
1 Sambungkan peranti anda ke PC. (Gunakan kabel USB atau sambungan Wi-Fi.)
2 Pilih kaedah sambungan USB akan muncul, kemudian pilih perisian LG.
3 Selepas sambungan, jalankan program dan pilih seksyen peranti daripada kategori
di sebelah kiri skrin.
4 Klik Maklumat peribadi untuk memilih.
5 Tandakan kotak semak kandungan untuk menyegerak dan klik butang Segerak.
NOTA: Untuk menyegerakkan telefon dengan PC anda, anda perlu
memasang LG PC Suite pada PC anda. Sila rujuk halaman sebelumnya untuk
memasang LG PC Suite.
Memindahkan kenalan dari Peranti Lama anda ke Peranti Baru anda
1 Eksport kenalan anda sebagai fail CSV daripada peranti lama anda ke PC anda menggu-
nakan program penyegerakan PC.
2 Pasang "LG PC Suite" pada PC dahulu. Jalankan program ini dan sambungkan
telefon mudah alih Android anda kepada PC menggunakan kabel USB.
3 Pada menu atas, pilih Telefon > Import/Eksport kenalan > Eksport ke telefon
anda.
Perisian PC (LG PC Suite)