Owner's Manual
MALAY
69
Untuk dapat menggunakan khidmat data atau faks, anda perlukan perisian
komunikasi seperti program data atau faks. Sebelum menggunakan
fungsi-fungsi ini, anda perlu menyambungkan telefon anda kepada
komputer atau memastikan telefon anda sedang tersambung kepada
peranti yang serasi.
Menghantar Panggilan Data atau Faks
1. Sambungkan komputer anda kepada telefon.
2. Selepas memulakan perisian komunikasi, buat panggilan dan hantar
data atau faks.
3. Selepas penghantaran data atau faks, anda boleh menamatkan
panggilan dengan hanya menamatkan perisian komunikasi, menekan
[Kekunci Tamat/Kuasa] atau dengan menutup pelipat.
Menerima Panggilan Data atau Faks
Jika anda mempunyai nombor-nombor berasingan untuk panggilan suara,
data atau faks, telefon anda mengenali jenis panggilan itu.
Menerima Panggilan Data atau Faks – Nombor-nombor
berasingan (Semua nombor)
Untuk menggunakan khidmat data atau faks, paparan menunjukkan jenis
panggilan yang sedang anda terima.
Untuk menerima panggilan data atau faks
1. Sambungkan komputer anda kepada telefon.
2. Selepas memulakan perisian komunikasi, terima panggilan dan dan
terima data atau faks (jika ia tidak dijawab secara automatik).
3. Selepas penerimaan data atau faks, anda boleh menamatkan
panggilan dengan hanya menamatkan perisian komunikasi, menekan
[Kekunci Tamat/Kuasa] atau dengan menutup pelipat.
Bagaimana Menggunakan panggilan Data dan Faks
Additional Functions