Owner's Manual
MALAY
72
Anda boleh menamatkan panggilan yang sedang berlangsung dan
menjawab panggilan yang menunggu dengan memilih kekunci
[Menu], kemudian Tamat & Jawab.
1-5 Menolak Panggilan Masuk
Apabila tidak dalam panggilan anda boleh menolak panggilan masuk
tanpa menjawab dengan hanya menekan kekunci [Kekunci
Tamat/Kuasa].
Apabila dalam panggilan anda boleh menolak panggilan masuk dengan
menekan kekunci [Menu] dan memilih Menerima/Tolak panggilan atau
dsngan menekan kekunci [Kekunci Tamat/Kuasa].
1-6 Mengawal kelantangan suara semasa panggilan
Anda boleh mengawal kelantangan suara semasa panggilan dengan
menekan kekunci [Menu] dan memilih Kelantangan suara.
1-7 Menutup Mikrofon
Anda boleh membisukan mikrofon semasa panggilan dengan menekan
kekunci [Menu] kemudian memilih senyap. Telefon boleh disuarakan
dengan menekan [Unmute] . Apabila telefon dibisukan, pemanggil
tidak dapat mendengar suara anda, tetapi anda boleh mendengarkannya.
1-8 Mengaktifkan Nada DTMF Semasa Panggilan
Untuk mengaktifkan nada-nada DTMF semasa panggilan, misalnya, untuk
membolehkan telefon anda menggunakan papan suis diautomasi, pilih
kekunci [Menu], kemudian Pasang DTMF. Nada-nada DTMF boleh
dinyahaktifkan dengan cara yang sama.
1-9 Memanggil Menu Utama
Pilihan-pilihan menu Mesej dan SIM Tool kit boleh didapati dari menu
dalam panggilan dengan menekan kekunci [Menu], kemudian Main
Menu. Menu SIM Tool kit dipaparkan hanya apabila SIM di dalam telefon
menyokong khidmat SIM Tool kit.
Menu Dalam Panggilan
Additional Functions