Owner's Manual

MALAY
73
2 Panggilan Semua Pihak atau Menerima
Khidmat semua pihak atau persidangan memberi anda keupayaan untu
mengadakan perbualan serentak dengan lebih daripada seorang
pemanggil, jika pembekal khidmat rangkaian anda menyokong ciri ini.
Panggilan semua pihak boleh diadakan apabila anda mempunyai satu
panggilan aktif dan satu panggilan menunggu, dengan kedua-dua
panggilan telah dijawab. Setelah panggilan semua pihak diwujudkan,
panggilan boleh ditambahkan, diputuskan atau diasingkan (iaitu, dibuang
dari panggilan semua pihak tetapi masih disambungkan kepada anda)
oleh orang yang memulakan panggilan semua pihak. Pilihan-pilihan ini
semuanya terdapat dari menu dalam panggilan dan disenaraikan di dalam
Bahagian.
Bilangan maksimum pemanggil bagi panggilan semua pihak ialah lima.
Sebaik saja ia bermula, andalah yang mengawal panggilan semua pihak
tersebut, dan anda saja yang boleh menambah panggilan kepada
panggilan semua pihak.
2-1 Membuat Panggilan Kedua
Anda boleh membuat panggilan kedua semasa anda sedang melayani
panggilan lain. Untuk melakukan ini, masukkan nombor kedua dan tekan
[Hantar]. Apabila anda mendapat panggilan kedua, panggilan
pertama ditahan secara automatik. Anda boleh bertukar-tukar antara
panggilan dengan memilih kekunci [Menu] kemudian Tukar
panggilan.
2-2 Mewujudkan Panggilan Semua Pihak
Anda boleh menyambungkan panggilan yang ditahan kepada panggilan
yang sedang aktif untuk membentuk panggilan semua pihak dengan
memilih kekunci [Menu] kemudian Persidangan disertai.
2-3 Menahan Panggilan Semua Pihak
Untuk membuat panggilan semua pihak, pilih kekunci [Menu]
kemudian Persidangan/Tahan panggilan.
2-4 Aktifkan Panggilan Semua Pihak yang Ditahan
Untuk membuat panggilan semua pihak, yang ditahan aktif, pilih kekunci
[Menu] kemudian Persidangan/Tahan panggilan.
Additional Functions