User manual

8. Mengatasi Masalah
Adakah skrin LCD jenis skrin sentuh?
LCD skrin bukan jenis skrin sentuh. Guna butang
di belakang untuk mengawal Digital PhotoFrame.
Bolehkah saya tukar foto tayangan slaid
dengan menggunakan kad memori yang
lain?
Ya. Apabila kad memori di sambung kepada
Digital PhotoFrame, ia akan menayang foto yang
tersimpan dalam kad tersebut.
Bagaimana boleh saya percepatkan caj
PhotoFrame saya?
Cajnya pada sistem berstatus PADAM.
PhotoFrame akan di caj > 85% dalam masa 2
jam ketika sistem PADAM dan 5 jam bila sistem
PASANG.
Nota:
Hanya PhotoFrame model 7" dan 10"
mempunyai bateri pasang siap manakala model
5" tiada.
Adakah skrin LCD rosak jika foto yang
sama di tayang dalam jangka masa yang
lama?
Tidak. Digital PhotoFrame boleh menayang foto
yang sama berterusan selama 1000 jam tanpa
sebarang kerosakan pada skrin LCD.
Bolehkah saya guna Digital PhotoFrame
untuk memadam foto dalam kad memori?
Ya, ia menyokong operasi memadam foto pada
peranti luaran seperti kad memori.
Bolehkah saya cetak foto daripada Digital
PhotoFrame?
Tidak, ia tidak menyokong cetakan foto secara
terus.
52
Mengatasi Masalah
Selepas mencetak foto, bagaimana saya
boleh memeriksa sama ada foto telah di
simpan?
Mesej "foto telah di salin" ("photo copied") akan
tertera pada skrin.
Bagaimana Digital PhotoFrame tunjuk
foto digital resolusi-tinggi 4:3
pada skrin 3:2?
Untuk memastikan gambar berintegriti tinggi,
Digital PhotoFrame mengecilkan foto pada aspek
nisbah asal dan memotong bahagian berlebihan
sebelum ditayangkan.
Bolehkah saya guna Digital PhotoFrame
pada masa Auto-padam?
Ya. Tekan mana-mana butang untuk bawa sistem
kembali ke status PASANG.
Bolehkah saya menambah saiz memori
untuk menyimpan lebih gambar pada
DPD saya?
Tidak. Memori dalaman DPD adalah tetap dan
tidak boleh di tokok. Bagaimanapun, anda boleh
mengalih antara foto yang berlainan dengan
menggunakan kad memori berbeza pada DPD.
Nota:
Sebagai contoh, jika anda memasukkan kad
memori 250 MB dan menggunakan PhotoFrame
untuk mencipta album dan menyalin foto anda
akan dapat menyimpan lebih dari 850 foto.
Mengapa Digital PhotoFrame tidak tayang
sesetengah foto saya?
Digital kamera ambil dan simpan foto dalam
format JPEG berdasarkan piawaian industri
kamera. Digital PhotoFrame di reka khas untuk
menayang foto berdasarkan taraf yang ditetapkan
oleh industri tersebut. Sesetengah imej, seperti
imej web, imej imbasan, atau foto format RAW
dari kamera profesional,
tidak di simpan mengikut piawaian yang
ditetapkan dan oleh itu ianya tidak boleh di
tayang dengan betul pada Digital PhotoFrame.