User manual

31
Kenapa PhotoFrame tidak pergi ke status
Auto-mati selepas saya menetapkannya?
Mula-mula, pastikan anda menetapkan masa
semasa, masa Auto-mati, dan masa Auto-hidup
dengan betul. Paparan PhotoFrame mati secara
automatik tepat pada masa Auto-mati. Jika masa
telah berlalu untuk hari tersebut, ia mula masuk
status Auto-mati pada masa yang ditetapkan
bermula hari berikut.
Saya cuba memuatkan gambar dari PC saya ke
kad memori, yang saya kemudiannya masukkan
ke dalam PhotoFrame. Walau bagaimanapun,
PhotoFrame tidak mempamerkan foto
tersebut. Apa boleh saya lakukan?
Muatkan kesemua foto yang anda ingin muat
naik ke PhotoFrame dalam direktori dasar
kad memori anda. Matikan kuasa PhotoFrame,
masukkan kad memori, dan mulakan semula
PhotoFrame. Selepas beberapa saat, semua
foto dalam direktori dasar kad memori akan
ditambah secara automatik kepada PhotoFrame.
Direktori dasar pada kad memori TIDAK akan
dikosongkan selepas operasi ini. Ambil perhatian
bahawa operasi ini tidak digunakan bagi foto
dalam subdirektori.
Adakah PhotoFrame menyokong JPEG
progresif?
Tidak, ia tidak menyokong JPEG progresif. Jika
anda memasukkan memori dengan fail JPEG
progresif, PhotoFrame tidak memaparkannya.
Kenapa saya tidak boleh memadamkan salah
satu imej pra-muat (bayi)?
PhotoFrame sebenarnya mempunyai memori
dalaman terhad yang hanya boleh menyimpan
sehingga 4 foto (selepas PhotoFrame
mensaizkan semula foto agar sesuai untuk
dimasukkan ke dalam memori dalaman).
PhotoFrame memberi pengguna kefl eksibelan
untuk memadam 3 foto dan memuat naik 3
foto lagi tetapi melindungi hanya 1 foto Philips
asal (Jenama Philips dengan bayi).
PhotoFrame memberi pengguna lebih
kefl eksibelan untuk memadamkan kesemua imej
pra-muat melalui pengemaskinian fi rmware.
Firmware baru boleh di dapati pada penghujung
bulan Julai 2008. Anda boleh pergi ke www.
8 Soalan lazim
Adakah skrin sentuh LCD didayakan?
Skrin LCD tidak didaya-sentuh. Gunakan butang
pada belakang kawalan PhotoFrame.
Bolehkah saya bertukar-tukar foto pameran
slaid dengan menggunakan kad memori
berbeza?
Ya Apabila kad memori bersambung ke
PhotoFrame, ia memaparkan gambar yang
disimpan pada kad khusus tersebut dalam mod
pameran slaid.
Adakah skrin LCD akan rosak, jika saya
terus menunjukkan foto untuk tempoh yang
panjang?
No. PhotoFrame boleh memaparkan gambar
yang sama secara berterusan selama 72 jam
tanpa merosakkan skrin LCD.
Bolehkah saya menggunakan PhotoFrame
untuk memadam foto pada kad memori?
Ya, ia menyokong operasi untuk memadam foto
pada peranti luaran seperti kad memori.
Bolehkah saya mencetak foto daripada
PhotoFrame?
Tidak, ia tidak menyokong pencetakan foto
langsung.
Bolehkah saya guna PhotoFrame semasa
tempoh Auto-mati?
Ya Tekan mana-mana butang kawalan untuk
membawa sistem kembali ke status HIDUP.
Kenapa PhotoFrame saya tidak mempamerkan
sesetengah foto saya?
Kamera digital mengambil gambar dan
menyimpannya dalam format JPEG menurut
standard industri kamera. PhotoFrame ini direka
untuk memaparkan foto menurut standard
industri yang sama. Imej, seperti imej web, imej
yang diimbas, atau foto dalam format RAW
daripada kamera profesional, tidak disimpan
menurut standard industri kamera dan dengan
itu tidak boleh dipaparkan dengan betul pada
PhotoFrame ini. Gunakan aplikasi PC untuk
menukar imej seperti ini menjadi format JPEG
standard untuk PhotoFrame.
Bahasa Melayu
MS-MY