User manual

5
Dari peringkat perancangan, reka bentuk dan
pengeluaran, Philips memberi tekanan terhadap
pentingnya membuat produk yang mudah
dikitar semula. Di Philips, pengurusan akhir-hayat
asasnya bermaksud penyertaan dalam inisiatif
ambil-kembali kebangsaan dan di mana mungkin,
program kitar semula, terutamanya dalam
bentuk kerjasama dengan para pesaing.
Buat masa ini terdapat sistem kitar semula
yang sedang dijalankan di negara Eropah,
seperti Belanda, Belgium, Norway, Sweden dan
Denmark.
Di A.S., Philips Consumer Electronics Amerika
Utara telah menyumbangkan dana untuk Projek
Kitar Semula Elektronik Perikatan Industri
Elektronik (EIA) serta inisiatif kitar semula
peringkat negeri bagi produk elektronik akhir-
hayat daripada sumber isi rumah. Di samping itu,
Majlis Kitar Semula Timur Laut (NERC) - sebuah
pertubuhan bukan untung berbilang negeri
memberi tumpuan terhadap mempromosi
pembangunan pasaran kitar semula - rancangan
untuk melaksanakan program kitar semula.
Di Asia Pasifi k, Taiwan, produk ini boleh
diambil balik oleh Pentadbiran Perlindungan
Alam Sekitar (EPA) demi mengikuti proses
pengurusan kitar semula produk IT, butiran
lanjut boleh didapati di laman web www.epa.
gov.tw. Untuk bantuan dan perkhidmatan, sila
baca bahagian Perkhidmatan dan Jaminan atau
pasukan pakar Alam Sekitar berikut boleh
membantu.
Pembuangan barang lama anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan
dengan menggunakan bahan dan komponen
yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula
dan digunakan semula. Apabila simbol tong
beroda yang dipangkah ini dilekatkan pada
sesuatu produk, ia bermakna produk tersebut
diliputi oleh Arahan Eropah 2002/96/EC.
Sila maklumkan diri anda mengenai sistem
kutipan berasingan setempat untuk produk
elektrik dan elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat
anda dan jangan buang produk lama anda
dengan sisa rumah tangga anda yang biasa. Cara
membuang produk lama anda yang betul akan
membantu mencegah potensi akibat negatif
terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.
Pembuangan Akhir-Hayat
Produk baru anda mengandungi bahan
yang boleh dikitar dan guna semula.
Syarikat khusus boleh mengitar semula
produk anda untuk meningkatkan jumlah
bahan yang boleh diguna semula dan untuk
meminimumkan jumlah yang perlu dibuang.
Sila dapatkan maklumat mengenai
peraturan setempat mengenai cara
membuang monitor lama anda daripada
penjual Philips setempat anda.
(Bagi pelanggan di Kanada dan A.S.) Buang
menurut peraturan negeri setempat dan
persekutuan.
Untuk maklumat lanjut mengenai mengitar
semula, hubungi www.eia.org (Inisiatif Pendidikan
Pengguna)
Maklumat Kitar Semula untuk Pelanggan
Philips mewujudkan objektif yang berdaya
maju dari segi teknikal dan ekonomi demi
mengoptimumkan prestasi alam sekitar produk,
perkhidmatan dan organisasi ini.
Bahasa Melayu
MS-MY