User Guide

Table Of Contents
Analog: Pemasangan Manual
(Utama) > Tetapan > Pasang
Saluran > Pemasangan antena/kabel > Analog:
Pemasangan Manual
Saluran TV analog boleh dipasang secara manual,
saluran demi saluran.
• Sistem
Untuk menyediakan sistem TV, pilih Sistem.
Pilih negara anda atau bahagian dunia anda berada
sekarang dan tekan OK.
• Cari Saluran.
Untuk mencari saluran, pilih Cari Saluran dan
tekan OK. Anda boleh memasukkan sendiri frekuensi
untuk mencari saluran atau membiarkan TV mencari
saluran. Tekan OK, pilih Cari dan tekan OK untuk
mencari saluran secara automatik. Saluran yang
ditemui ditunjukkan pada skrin dan jika penerimaan
lemah, tekan Cari sekali lagi. Jika anda mahu
menyimpan saluran, pilih Selesai dan tekan OK.
• Tala halus
Untuk menala halus saluran, pilih Tala halus dan
tekan OK. Anda boleh menala halus saluran
dengan atau .
Jika anda mahu menyimpan saluran ditemui,
pilih Selesai dan tekan OK.
• Simpan
Anda boleh menyimpan saluran pada nombor
saluran semasa atau sebagai nombor saluran baharu.
Pilih Simpan dan tekan OK. Nombor saluran baharu
ditunjukkan seketika.
Anda boleh buat semula langkah ini sehingga anda
menemukan semua saluran TV analog yang tersedia.
Satelit
Cari Satelit dan Tetapan Satelit
(Utama) > Tetapan > Pasang
Saluran > Pemasangan Satelit > Cari Satelit
Pasang semula semua saluran
(Utama) > Tetapan > Pasang
Saluran > Pemasangan satelit > Cari
satelit > Pasang semula saluran
• Pilih kumpulan saluran yang anda mahu pasang.
• Operator satelit boleh menawarkan pakej saluran
yang mengelompokkan saluran percuma (siaran
percuma) dan menawarkan pengisihan yang sesuai
dengan negara. Sesetengah satelit menawarkan pakej
langganan - koleksi saluran yang anda bayar.
Jenis Sambungan
Pilih bilangan satelit yang anda mahu pasang. TV
menetapkan jenis sambungan yang sesuai secara
automatik.
• Sehingga 4 Satelit - Anda boleh memasang
sehingga 4 satelit (4 LNB) pada TV ini. Pilih bilangan
sebenar satelit yang anda mahu pasang pada
permulaan pemasangan. Ini akan mempercepatkan
pemasangan.
• Unicable - Anda boleh menggunakan sistem
Unicable untuk menyambung cakera antena kepada
TV. Anda boleh memilih Unicable untuk 1 atau 2
satelit pada permulaan pemasangan.
Tetapan LNB
Dalam sesetengah negara, anda boleh melaraskan
tetapan pakar bagi setiap transponder pandu tuju dan
LNB. Hanya guna atau ubah tetapan ini apabila
pemasangan normal gagal. Jika anda mempunyai
peralatan satelit bukan standard, anda boleh
menggunakan tetapan ini untuk menolak tetapan
standard. Sesetengah pembekal mungkin
memberikan anda beberapa nilai transponder atau
LNB yang boleh anda masukkan di sini.
• Universal atau Bulatan - Jenis LNB yang umum,
biasanya anda boleh pilih jenis ini untuk LNB anda.
• Frekuensi LO Rendah / Frekuensi LO Tinggi -
Frekuensi pengayun setempat ditetapkan kepada
nilai standard. Laraskan nilai hanya jika peralatan luar
biasa memerlukan nilai yang berbeza.
• Nada 22 kHz- Secara lalai, Nada ditetapkan kepada
Automatik.
• Kuasa LNB - Secara lalai, Kuasa LNB ditetapkan
kepada Automatik.
Cari Saluran Secara Automatik
(Utama) > Tetapan > Pasang
Saluran > Pemasangan satelit > Kemas kini saluran
automatik
Jika anda menerima saluran digital, anda boleh
menetapkan TV untuk mengemas kini senarai dengan
saluran baharu secara automatik.
Secara alternatif, anda sendiri boleh memulakan
kemas kini saluran.
Kemas kini saluran automatik
Sekali sehari, pada 6 PG, TV mengemas kini saluran
dan menyimpan saluran baharu. Saluran baharu
disimpan dalam senarai Semua saluran dan juga
dalam senarai Saluran baharu. Saluran yang kosong
dialih keluar.
Jika saluran baharu ditemui atau jika saluran dikemas
kini atau dialih keluar, mesej ditunjukkan pada
permulaan TV. TV mestilah ditetapkan kepada mod
tunggu sedia untuk mengemas kini saluran secara
20