User Guide

Table Of Contents
Untuk TV yang tidak Dipasang
Bergantung pada sama ada TV anda telah pun
dipasang atau tidak, anda mesti menggunakan
kaedah berbeza untuk memuat naik senarai saluran.
Untuk TV yang belum dipasang lagi
1 - Pasang masuk palam kuasa untuk memulakan
pemasangan dan memilih bahasa dan negara. Anda
boleh melangkau carian saluran. Selesaikan
pemasangan.
2 - Pasang masuk pemacu kilat USB yang
menyimpan senarai saluran TV lain.
3 - Untuk memulakan muat naik senarai saluran, pilih
(Utama) > Tetapan > Saluran > Salinan Senarai
Saluran atau Salinan Senarai Satelit > Salin kepada
TV dan tekan OK. Masukkan kod PIN anda jika perlu.
4 - TV memberitahu anda jika senarai saluran
berjaya disalin kepada TV. Cabut pemacu kilat USB.
Untuk TV yang Dipasang
Bergantung pada sama ada TV anda telah pun
dipasang atau tidak, anda mesti menggunakan
kaedah berbeza untuk memuat naik senarai saluran.
Untuk TV yang telah dipasang
1 - Sahkan tetapan negara TV. (Untuk mengesahkan
tetapan ini, lihat bab Pasang semula saluran.
Mulakan prosedur ini sehingga anda menemui
tetapan negara. Tekan Ke belakang untuk
membatalkan pemasangan.)
Jika negara betul, teruskan dengan langkah 2.
Jika negara tidak betul, anda perlu memulakan
pasang semula. Lihat bab Pasang semula saluran
dan mulakan pemasangan. Pilih negara yang betul
dan langkau carian saluran. Selesaikan pemasangan.
Apabila selesai, teruskan dengan langkah 2.
2 - Pasang masuk pemacu kilat USB yang
menyimpan senarai saluran TV lain.
3 - Untuk memulakan muat naik senarai saluran, pilih
(Utama) > Tetapan > Saluran > Salinan Senarai
Saluran atau Salinan Senarai Satelit > Salin kepada
TV dan tekan OK. Masukkan kod PIN anda jika perlu.
4 - TV memberitahu anda jika senarai saluran
berjaya disalin kepada TV. Cabut pemacu kilat USB.
Pilihan Saluran
Buka Pilihan
Anda boleh menetapkan beberapa pilihan semasa
menonton saluran.
Bergantung pada jenis saluran yang anda tonton atau
bergantung pada tetapan TV yang anda buat,
beberapa pilihan tersedia.
Untuk membuka menu pilihan…
1 - Semasa menonton saluran, tekan OPTIONS .
2 - Tekan OPTIONS sekali lagi untuk menutup.
Maklumat Program
PilihMaklumat program untuk melihat maklumat
program yang anda sedang tonton.
Untuk mendapatkam butiran program yang dipilih…
1 - Tala ke saluran.
2 - Tekan INFO untuk membuka atau menutup
maklumat program.
3 - Secara alternatif, anda boleh
menekan OPTIONS, pilih Maklumat Program dan
tekan OK untuk membuka maklumat program.
4 - Tekan Ke belakang untuk menutup
maklumat program.
Sari Kata
Untuk menghidupkan Sari Kata, tekan OPTIONS
dan pilih Sari Kata.
Anda boleh Hidupkan sari kata atau Matikan sari
kata. Sebagai alternatif anda boleh
memilih Automatik.
Automatik
Jika maklumat bahasa adalah sebahagian daripada
penyiaran digital dan program yang disiarkan bukan
dalam bahasa anda (bahasa yang ditetapkan pada
TV), TV boleh menunjukkan sari kata secara automatik
dalam salah satu bahasa sari kata yang anda
kehendaki. Salah satu bahasa sari kata ini hendaklah
juga merupakan sebahagian daripada siaran.
Anda boleh memilih bahasa sari kata yang anda
kehendaki dalam Bahasa sari kata.
Bahasa Sari Kata
Jika tiada satu pun bahasa sari kata yang dikehendaki
tersedia, anda boleh memilih bahasa sari kata lain jika
tersedia. Jika tiada bahasa sari kata tersedia, anda
tidak boleh memilih pilihan ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam Bantuan, tekan kekunci warna Kata
Kunci dan cari Bahasa Sari Kata.
Bahasa Audio
Jika tiada satu pun bahasa audio yang dikehendaki
tersedia, anda boleh memilih bahasa audio lain jika
tersedia. Jika tiada bahasa audio tersedia, anda tidak
boleh memilih pilihan ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
22