User Guide

Table Of Contents
10. Video, Foto dan
Muzik
10.1. Daripada Sambungan
USB
Anda boleh melihat foto anda atau memainkan muzik
dan video anda daripada pemacu kilat USB yang
disambungkan atau Pemacu Keras USB.
Dengan TV dihidupkan, pasangkan pemacu kilat USB
atau Pemacu Keras USB ke salah satu sambungan
USB.
Tekan SOURCES, kemudian pilih USB, anda
boleh melayari fail anda dalam struktur folder yang
telah anda susun pada Pemacu Keras USB.
10.2. Daripada Komputer atau
NAS
Anda boleh melihat foto anda atau memainkan muzik
dan video anda daripada komputer atau NAS (Storan
Sambung Rangkaian) dalam rangkaian rumah anda.
TV dan komputer atau NAS perlu berada dalam
rangkaian rumah yang sama. Anda perlu memasang
Perisian Pelayan Media pada komputer anda atau
NAS. Pelayan Media anda perlu ditetapkan untuk
berkongsi fail anda dengan TV. TV menunjukkan fail
dan folder anda apabila diatur oleh Pelayan Media
atau apabila disusun di komputer anda atau NAS.
TV tidak menyokong sari kata pada strim video
daripada komputer atau NAS.
Jika Pelayan Media menyokong pencarian fail,
medan carian adalah tersedia.
Untuk melayari atau memainkan fail pada komputer
anda…
1 - Tekan SOURCES, pilih Rangkaian dan
tekan OK.
2 - Setelah peranti disambungkan, item Peranti
rangkaian akan digantikan dengan nama peranti yang
disambungkan.
3 - Anda boleh melayari dan memainkan fail anda.
4 - Untuk berhenti memainkan video, foto dan muzik,
tekan EXIT.
10.3. Foto
Lihat Foto
1 - Tekan SOURCES, pilih USB dan tekan OK.
2 - Pilih Pemacu Kilat USB kemudian pilih peranti
USB yang anda perlukan.
3 - Pilih Foto, boleh memilih Isih untuk
melayari foto anda mengikut hari, bulan atau tahun.
4 - Pilih salah satu foto dan tekan OK untuk melihat
foto yang dipilih.
• Untuk melihat foto, pilih Foto dalam bar menu,
pilih lakaran kecil foto dan tekan OK.
• Jika terdapat beberapa foto dalam folder yang
sama, pilih foto dan tekan Pertunjukan
slaid untuk memulakan pertunjukan slaid semua foto
dalam folder ini.
• Lihat foto dan tekan INFO untuk menunjukkan
yang di bawah:
Bar kemajuan, bar kawalan main balik, (Langkau ke
foto sebelumnya dalam folder), (Langkau ke foto
seterusnya dalam folder), (Mulakan main balik
tayangan slaid), (Jeda main balik), (Mulakan
tayangan slaid), (Putarkan foto)
Apabila melihat fail foto, tekan OPTIONS untuk…
Kocok dimatikan, Kocok dihidupkan
Lihat gambar secara berurutan atau secara rawak.
Ulang, Main sekali
Lihat gambar berulang kali atau sekali sahaja.
Hentikan muzik
Hentikan muzik jika main balik muzik sedang
dijalankan.
Kelajuan tayangan slaid
Tetapkan kelajuan tayangan slaid.
Peralihan tayangan slaid
Tetapkan peralihan dari satu gambar ke gambar yang
berikut.
Pilihan Foto
Apabila menyemak imbas fail foto,
tekan OPTIONS untuk…
Senarai/Lakaran Kecil
Lihat foto dengan pandangan senarai atau
pandangan lakaran kecil.
Kocok dimatikan, Kocok dihidupkan
Lihat gambar secara berurutan atau secara rawak.
Ulang, Main sekali
Lihat gambar berulang kali atau sekali sahaja.
29