User Guide

Table Of Contents
Anda boleh melihat semua tetapan rangkaian semasa
di sini. Alamat IP dan MAC, kekuatan isyarat, kelajuan,
kaedah penyulitan dll.
Konfigurasi Rangkaian - IP Statik
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Konfigurasi
Rangkaian > IP Statik
Jika anda ialah pengguna lanjutan dan mahu
memasang rangkaian anda dengan pengalamatan IP
Statik, tetapkan TV kepada IP Statik.
Konfigurasi Rangkaian - Konfigurasi IP Statik
(Utama) > Tetapan > Wayarles&
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Konfigurasi IP
Statik
1 - Pilih Konfigurasi IP statik dan konfigurasikan
sambungan.
2 - Anda boleh menetapkan nombor untuk Alamat
IP, Netmask, Get Laluan, DNS 1 atau DNS 2.
Hidupkan dengan Wi-Fi (WoWLAN)
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Hidupkan
dengan Wi-Fi (WoWLAN)
Anda boleh menghidupkan TV ini melalui telefon
pintar atau tablet anda jika TV ditetapkan kepada
mod Tunggu Sedia. Tetapan Hidupkan dengan Wi-Fi
(WoWLAN) perlu dihidupkan.
Penghasil Media Digital - DMR
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Penghasil Media
Digital - DMR
Jika fail media anda tidak dimainkan pada TV anda,
pastikan bahawa Penghasil Media Digital dihidupkan.
DMR dihidupkan sebagai tetapan kilang.
Hidupkan sambungan Wi-Fi
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Wi-Fi
Hidup/Mati
Anda boleh menghidupkan atau mematikan
sambungan Wi-Fi pada TV anda.
Tetapkan semula sambungan Pencerminan Skrin
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Tetapkan
semula sambungan Pencerminan Skrin
Kosongkan senarai peranti yang bersambung dan
disekat yang digunakan dengan Pencerminan skrin.
Nama rangkaian TV
(Utama) > TV > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Nama
Rangkaian TV
Jika anda mempunyai lebih daripada satu TV dalam
rangkaian rumah anda, anda boleh memberi TV nama
yang unik.
Terma penggunaan
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Terma
penggunaan
Anda boleh melihat kandungan Terma Penggunaan
yang dipaparkan pada kali pertama anda
menyambungkan TV anda kepada Internet.
Tetapan privasi
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Tetapan privasi
Anda boleh melihat kandungan tetapan Privasi yang
dipaparkan pada kali pertama anda menyambungkan
TV anda kepada Internet.
Tetapan Netflix
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Tetapan Netflix
Dengan Tetapan Netflix, anda boleh melihat nombor
ESN atau menyahaktifkan peranti Netflix.
Kosongkan Ingatan Internet
(Utama) > Tetapan > Wayarles &
rangkaian > Berwayar atau Wi-Fi > Kosongkan
Ingatan Internet
Dengan Kosongkan Ingatan Internet, anda
mengosongkan pendaftaran pelayan Philips anda
dan tetapan penilaian ibu bapa, log masuk aplikasi
gedung video anda, semua kegemaran Galeri Aplikasi
Philips, penanda buku dan sejarah Internet. Aplikasi
MHEG interaktif juga boleh menyimpan kononnya
'kuki', pada TV anda. Fail ini juga akan dikosongkan.
44