User Guide

Table Of Contents
20. Google Assistant
TV anda boleh digunakan dengan Google Assistant.
Google Assistant membolehkan anda menggunakan
suara anda untuk mengawal TV - sebagai contoh,
menukar kelantangan, saluran dan banyak lagi.
Nota: Google Assistant tidak tersedia dalam semua
bahasa dan negara.
Untuk mendayakan Google Assistant pada TV anda,
anda memerlukan:
• Peranti Google Home, seperti Google Home Mini
• Sambungan Internet pada TV
• Akaun Google
• Aplikasi Google Home (versi mudah alih/tablet)
Sediakan Kawalan TV dengan Google Assistant
1 - Ikut arahan pada skrin untuk menerima Dasar
Privasi bagi penggunaan ciri kawalan suara Google
Assistant pada TV ini.
2 - Pilih nama untuk TV anda agar boleh dikenal
pasti oleh Google Assistant.
3 - Daftar masuk ke akaun Google. Jika anda sudah
mempunyai akaun Google, sila daftar masuk. Jika
tidak, sila cipta akaun dan daftar masuk. Selepas anda
berjaya mendaftar masuk, pilih "Get Code" (Dapatkan
Kod) untuk mendapatkan kod peranti TV ini bagi
pendaftaran peranti anda.
4 - Pd mudah alih/tablet anda, cari aplikasi "Google
Home" dalam gedung aplikasi (iOS dan Android).
Muat turun dan buka aplikasi Google Home. Daftar
masuk ke akaun Google sama yang digunakan untuk
mendaftarkan TV ini. Anda perlu meneruskan
persediaan pada aplikasi Google Home pada mudah
alih/tablet anda untuk mengawal TV anda dengan
perintah suara.
5 - Pada aplikasi Google Home, pilih “Sediakan
Peranti”, kemudian pilih 'Berfungsi dengan Google'
dan cari Philips Smart TV. Daftar masuk untuk
memautkan akaun Google anda dan mendayakan
kawalan TV pada aplikasi Google Home.
6 - Anda boleh menggunakan Google Assistant
untuk menghidupkan TV anda menggunakan perintah
suara. Untuk berbuat demikian, TV perlu kekal dalam
mod kuasa khas semasa dalam mod tunggu sedia. Ini
boleh mengakibatkan penggunaan kuasa yang lebih
tinggi dalam mod tunggu sedia.
Anda sudah bersedia untuk menggunakan peranti
Google Home untuk mengawal TV ini. Berikut ialah
beberapa perkara untuk dicuba:
- Matikan TV
- Beralih ke saluran 10 di TV
- Saluran turun di TV
- Tingkatkan kelantangan di TV
- Redamkan TV
Nota: Jika anda log keluar daripada Google Assistant,
anda tidak boleh menggunakan perintah suara pada
TV ini lagi. Anda perlu membuat semula langkah
Sediakan Kawalan TV dengan Google Assistant untuk
menggunakan ciri ini sekali lagi.
Google Assistant tersedia dalam bahasa terpilih dan
negara dengan bahasa Inggeris-UK dan Jerman-DE
disokong dari mula. Bahasa/senarai negara yang
disokong akan dikembangkan dari masa ke masa.
Untuk bahasa dan senarai sokongan negara yang
terkini, sila hubungi layanan pelanggan kami.
Ketersediaan perkhidmatan bergantung pada rantau.
Sebahagian atau keseluruhan perisian/perkhidmatan
yang dipasang pada atau boleh diakses melalui
produk mungkin berubah, diberhentikan, dihentikan,
digantung atau ditamatkan tanpa notis.
53