User Guide

Table Of Contents
22. Persekitaran
22.1. Label Tenaga Eropah
Label Tenaga Eropah memberi anda maklumat
tentang kelas kecekapan tenaga produk ini. Semakin
hijau kelas kecekapan tenaga produk ini, semakin
rendah penggunaan tenaganya.
Pada label, anda boleh menemui kelas kecekapan
tenaga, penggunaan kuasa purata yang digunakan
oleh produk ini. Anda turut boleh menemui nilai
penggunaan kuasa untuk produk ini di laman web
Philips untuk negara anda
di www.philips.com/TVsupport
22.2. Nombor Pendaftaran
EPREL
Nombor pendaftaran EPREL
32PFS6908 : 1414055
22.3. Akhir Penggunaan
Pembuangan produk lama dan bateri anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan
bahan dan komponen berkualiti tinggi yang boleh
dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah
dilekatkan pada produk, ini bermakna produk
dilindungi oleh European Directive 2012/19/EU.
Sila ambil tahu tentang sistem pengumpulan
berasingan setempat untuk produk elektrik dan
elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan
jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah
yang biasa. Pembuangan produk lama anda yang
betul membantu untuk mencegah akibat negatif yang
berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh
European Directive 2006/66/EC, yang tidak boleh
dilupuskan bersama dengan sisa rumah yang biasa.
Sila ambil tahu tentang peraturan setempat mengenai
pengumpulan berasingan bateri kerana pembuangan
yang betul membantu untuk mencegah akibat negatif
yang berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
22.4. Pengisytiharan
Keakuran di UK
Dengan ini, TP Vision Europe B.V. mengumumkan
bahawa televisyen ini mematuhi keperluan asas dan
peruntukan lain-lain yang relevan bagi Arahan
Peraturan Peralatan Radio 2017 dan Peraturan Reka
Bentuk Ekologi bagi Produk Berkaitan Tenaga dan
Maklumat Tenaga (Pindaan) (EU Exit) 2019 dan
Sekatan Penggunaan Bahan Berbahaya Tertentu
dalam Peraturan Peralatan Elektrik dan Elektronik
2012.
56