User Guide

Table Of Contents
24.4. Saluran
Tiada saluran digital ditemui semasa pemasangan
• Periksa sama ada TV telah disambungkan dengan
antena atau menggunakan isyarat pembekal. Periksa
sambungan kabel.
• Semak sama anda negara tempat anda memasang
TV mempunyai saluran digital yang tersedia.
• Semak sama ada anda memilih sistem DVB (Siaran
Video Digital) yang betul. Pilih DVB-T (bumi) apabila
anda menggunakan antena atau antena biasa, pilih
DVB-C (kabel) jika anda menggunakan perkhidmatan
kabel TV.
• Buat semula pemasangan dan semak sama ada
anda memilih negara dan sistem yang betul.
Tiada saluran analog ditemui semasa pemasangan
• Periksa sama ada TV telah disambungkan dengan
antena. Periksa sambungan kabel.
• Semak sama ada anda memilih sistem DVB (Siaran
Video Digital) yang betul. Pilih DVB-T (bumi) apabila
anda menggunakan antena atau antena biasa.
• Buat semula pemasangan dan pilih Saluran digital
dan analog semasa pemasangan.
Sesetengah saluran hilang, tidak dapat mencari
semua atau sesetengah saluran yang dipasang
sebelum ini
• Semak sama ada anda memilih Senarai
saluran yang betul atau Senarai kegemaran yang
biasa anda gunakan.
• Sesetengah saluran mungkin dialih atau juga
dipadamkan oleh penyiar. Dalam senarai saluran
biasa, cuba cari saluran yang hilang. Jika saluran
masih tersedia, anda boleh meletakkannya kembali
dalam senarai kegemaran.
• Saluran boleh dipadamkan daripada senarai
saluran semasa Kemas kini saluran automatik. Kemas
kini automatik ini dilakukan semalaman jika TV berada
dalam mod tunggu sedia.
Saluran yang tidak wujud lagi akan dipadamkan dan
saluran baharu akan ditambahkan pada senarai
saluran. Kadangkala, saluran boleh dipadamkan
kerana TV tidak dapat mencarinya ketika menyemak
kehadirannya. Saluran mungkin tidak disiarkan pada
waktu malam.
Untuk mengelakkan saluran dipadamkan
semasa Kemas kini saluran automatik kerana TV
tidak dapat mencarinya walaupun saluran ini masih
wujud, anda boleh mematikan Kemas kini saluran
automatik.
(Utama) > Tetapan > Saluran > Pemasangan
antena/kabel, Pemasangan satelit* > Kemas kini
saluran automatik
* Pemasangan satelit hanya untuk model yang
menyokong fungsi satelit.
Saluran DVB-T2 HEVC
• Lihat spesifikasi teknikal untuk memastikan TV anda
menyokong DVB-T2 HEVC di negara anda dan
pasang semula saluran DVB-T.
24.5. Satelit
TV tidak dapat menemui satelit yang saya mahukan
atau TV memasang satelit yang sama sebanyak dua
kali
Semak sama ada bilangan satelit yang betul
ditetapkan dalam tetapan pada permulaan
pemasangan. Anda boleh menetapkan TV untuk
mencari Satu, Dua atau 3/4 satelit.
LNB kepala duaan tidak dapat menemui satelit
kedua
• Jika TV menemui satu satelit tetapi tidak dapat
menemui yang kedua, pusingkan cakera beberapa
darjah. Jajarkan cakera untuk mendapatkan isyarat
paling kuat pada satelit pertama. Semak penunjuk
kekuatan isyarat bagi satelit pertama pada skrin.
• Semak sama ada tetapan ditetapkan kepada dua
satelit.
Mengubah tetapan pemasangan tidak menyelesaikan
masalah saya
Semua tetapan, satelit dan saluran hanya disimpan di
akhir pemasangan apabila anda selesai.
Semua saluran satelit hilang
Jika anda menggunakan sistem Unicable, mungkin
terdapat penerima satelit lain dalam sistem Unicable
anda yang sedang menggunakan nombor jalur
pengguna yang sama.
Sesetengah saluran satelit nampaknya telah hilang
daripada senarai saluran
Jika beberapa saluran nampaknya hilang atau beralih
tempat, penyiar mungkin telah mengubah lokasi
transponder bagi saluran ini. Untuk memulihkan
kedudukan saluran dalam senarai saluran, anda
boleh mencuba kemas kini pakej saluran.
Saya tidak boleh mengalih keluar satelit
Pakej langganan tidak membenarkan satelit dialih
keluar. Untuk mengalih keluar satelit, anda perlu
melakukan pemasangan lengkap sekali lagi dan
memilih pakej lain.
Kadang-kadang penerimaan lemah
• Periksa sama ada cakera satelit dilekap dengan
kukuh. Angin yang kuat boleh menyebabkan cakera
beralih.
• Salji dan hujan boleh menjejaskan penerimaan.
60