User Guide

Table Of Contents
HDMI kepada sambungan HDMI1 ARC pada Sistem
Teater Rumah.
• Pastikan output audio TV disambungkan ke input
audio Sistem Teater Rumah.
Bunyi sepatutnya didengar daripada pembesar suara
HTS (Sistem Teater Rumah).
Bunyi dengan hingar yang kuat
Jika anda menonton video daripada pemacu kilat
USB yang dipasangkan atau komputer yang
disambungkan, bunyi daripada Sistem Teater Rumah
anda mungkin herot. Hingar ini didengari apabila fail
audio atau video mempunyai bunyi DTS tetapi Sistem
Teater Rumah tidak mempunyai pemprosesan bunyi
DTS. Anda boleh membetulkan isu ini dengan
menetapkan Format digital keluar TV
kepada Stereo.
Tekan (Utama) > Tetapan
> Bunyi > Lanjutan > Format digital keluar
24.8. HDMI
HDMI
• Sila ambil perhatian bahawa sokongan HDCP (High-
bandwidth Digital Content Protection) boleh
melambatkan masa yang diambil untuk TV
memaparkan kandungan daripada peranti HDMI.
• Jika TV tidak mengenal peranti HDMI dan gambar
tidak dipaparkan, tukar sumber daripada satu peranti
kepada yang lain dan kembali semula.
• Jika terdapat gangguan bunyi terputus-putus, sila
pastikan bahawa tetapan output daripada peranti
HDMI adalah betul.
HDMI EasyLink tidak berfungsi
• Periksa sama ada peranti HDMI anda serasi HDMI-
CEC. Ciri EasyLink hanya berfungsi dengan peranti
yang serasi HDMI-CEC.
Ikon kelantangan tidak ditunjukkan
• Apabila peranti audio HDMI-CEC disambungkan
dan anda menggunakan Alat Kawalan Jauh TV untuk
melaraskan aras kelantangan daripada peranti, sifat
ini adalah normal.
24.9. USB
Foto, video dan muzik daripada peranti USB tidak
kelihatan
• Periksa sama ada peranti storan USB ditetapkan
kepada mematuhi Kelas Storan Massa seperti yang
dihuraikan dalam dokumentasi peranti storan.
• Periksa sama ada peranti storan USB serasi dengan
TV.
• Semak sama ada format fail audio dan gambar
disokong oleh TV. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, dalam Bantuan, tekan kekunci warna Kata
Kunci dan cari Multimedia.
Main balik fail USB yang terputus-putus
• Prestasi pemindahan peranti storan USB mungkin
mengehadkan kadar pemindahan data ke TV yang
menyebabkan main balik yang tidak baik.
24.10. Wi-Fi dan Internet
Rangkaian Wi-Fi tidak ditemui atau herot
• Semak sama ada tembok api dalam rangkaian anda
membenarkan akses kepada sambungan wayarles
TV.
• Jika rangkaian wayarles tidak berfungsi dengan
betul di rumah anda, cuba gunakan pemasangan
rangkaian berwayar.
Internet tidak berfungsi
• Jika sambungan kepada penghala OK, periksa
sambungan penghala kepada Internet pula.
Sambungan PC dan Internet adalah lemah
• Rujuk manual pengguna penghala wayarles anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai julat dalam
bangunan, kadar pemindahan dan faktor kualiti
isyarat yang lain.
• Gunakan sambungan Internet kelajuan tinggi (jalur
lebar) untuk penghala anda.
DHCP
• Jika sambungan gagal, cuba semak tetapan DHCP
(Protokol Konfigurasi Hos Dinamik) pada penghala.
DHCP perlu dihidupkan.
24.11. Bahasa Menu Salah
Tukar bahasa kembali kepada bahasa anda
1 - Tekan Utama dan pilih Tetapan melalui ikon di
penjuru kanan bahagian atas.
2 - Tekan (bawah) 8 kali dan tekan OK.
3 - Tekan OK sekali lagi untuk memasukkan Bahasa,
pilih item pertama Bahasa Menu dan tekan OK.
4 - Pilih bahasa anda dan tekan OK.
62