User Guide

Table Of Contents
26. Terma
Penggunaan
2023 © TP Vision Europe B.V. Hak cipta terpelihara.
Produk ini telah dibawa ke pasaran oleh TP Vision
Europe B.V. atau salah satu anggota gabungannya,
kemudian daripada ini dirujuk sebagai TP Vision, yang
merupakan pengeluar produk ini. TP Vision ialah
penjamin berkaitan TV yang dibungkus bersama
dengan buku kecil ini. Philips dan Lambang Perisai
Philips ialah tanda dagangan berdaftar Koninklijke
Philips N.V.
Spesifikasi tertakluk pada perubahan tanpa notis.
Tanda dagangan adalah harta Koninklijke Philips N.V
atau pemiliknya masing-masing. TP Vision berhak
menukar produk pada bila-bila masa tanpa perlu
melaraskan bekalan yang terdahulu seperlunya.
Bahan bertulis yang dibungkus dengan TV dan
manual yang tersimpan dalam memori TV atau
dimuat turun daripada laman web
Philips www.philips.com/TVsupport dipercayai
mencukupi untuk penggunaan sistem yang
sepatutnya.
Bahan dalam manual ini dipercayai mencukupi untuk
penggunaan sistem yang sepatutnya. Jika produk,
atau modul atau prosedur individunya digunakan
untuk tujuan selain yang dinyatakan di sini,
pengesahan kesahihan dan kesesuaiannya mesti
diperoleh. TP Vision memberi jaminan bahawa bahan
itu sendiri tidak melanggar sebarang paten Amerika
Syarikat. Tiada jaminan lanjutan tersurat atau tersirat.
TP Vision tidak boleh dipertanggungjawabkan
terhadap sebarang ralat dalam kandungan dokumen
ini mahu pun terhadap sebarang masalah yang
berakibat daripada kandungan dalam dokumen ini.
Ralat yang dilaporkan kepada Philips akan diadaptasi
dan diterbitkan dalam laman web sokongan Philips
secepat mungkin.
Terma jaminan - Risiko kecederaan, kerosakan
terhadap TV atau pembatalan jaminan!
Jangan sekali-kali cuba membaiki sendiri TV.
Gunakan TV dan aksesori hanya untuk tujuan yang
dimaksudkan oleh pengeluar. Tanda amaran yang
dicetak pada bahagian belakang TV menunjukkan
risiko kejutan elektrik. Jangan sekali-kali tanggalkan
penutup TV. Hubungi Layanan Pelanggan TV Philips
setiap kali TV anda memerlukan perkhidmatan atau
pembaikan. Cari nombor telefon dalam dokumentasi
bercetak yang disertakan dengan TV. Atau rujuk
laman web kami www.philips.com/TVsupport dan
pilih negara anda, jika perlu. Sebarang pengendalian
yang dilarang dengan jelas dalam panduan ini, atau
sebarang pelarasan dan prosedur pemasangan yang
tidak disyorkan atau dibenarkan dalam manual ini
akan membatalkan waranti.
Ciri piksel
Produk TV ini mempunyai bilangan piksel berwarna
yang tinggi. Walaupun produk mengandungi piksel
berkesan setinggi 99.999% atau lebih, bintik hitam
atau titik lampu yang cerah (merah, hijau atau biru)
mungkin akan kerap muncul pada skrin. Ini ialah ciri-
ciri struktur paparan (dalam lingkungan standard
industri biasa) dan bukannya merupakan pincang
tugas. Oleh yang demikian, sila ambil perhatian
bahawa hal ini tidak tertakluk pada pembaikan,
pertukaran atau bayaran balik dalam dan/atau luar
tempoh waranti.
Ciri Cahaya Belakang
Semua TV Philips telah melalui ujian dan
pemeriksaan yang ketat sebelum dihantar kepada
anda. Anda boleh berasa yakin bahawa kami
mengutamakan kualiti TV kami agar anda tidak
mengalami apa-apa ketidakselesaan tontonan
semasa menonton TV anda. Namun, sila ambil
perhatian bahawa penembusan cahaya belakang
(“kesan Mura”) dan /atau cahaya belakang yang tidak
sekata hanya boleh dilihat dalam imej gelap atau di
dalam bilik yang sangat gelap dan malap dianggap
sebagai dalam spesifikasi TV. Keadaan sedemikian
tidak mewakili kemerosotan dan tidak boleh dianggap
sebagai kecacatan TV. Oleh itu, kami kesal untuk
memaklumkan bahawa tuntutan waranti untuk
keadaan sedemikian, penservisan percuma,
penggantian atau pembayaran balik tidak boleh
diterima dalam dan/atau luar tempoh waranti.
Pematuhan CE
Dengan ini, TP Vision Europe B.V. mengumumkan
bahawa televisyen ini mematuhi keperluan asas dan
peruntukan lain yang berkaitan bagi Arahan
2014/53/EU (RED - Arahan Peralatan
Radio), 2009/125/EC (Peraturan (EU) 2019/2021)
(Reka Bentuk Ekologi) dan 2011/65/EC (RoHS -
Arahan Sekatan Bahan Berbahaya).
Pematuhan terhadap EMF
TP Vision mengeluarkan dan menjual banyak produk
yang disasarkan kepada pengguna yang seperti
peralatan elektronik lain, secara umumnya
mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan dan
menerima isyarat elektromagnet. Salah satu prinsip
perniagaan utama TP Vision adalah mengambil
semua langkah berjaga-jaga kesihatan dan
keselamatan untuk produk kami untuk mematuhi
semua keperluan undang-undang yang dikenakan
dan supaya berada dalam standard Medan
Elektromagnet (EMF) yang terpakai pada masa
penghasilan produk tersebut.
TP Vision komited untuk membentuk, menghasilkan
dan memasarkan produk yang tidak mengakibatkan
kesan sampingan kesihatan. TP Vision mengesahkan
bahawa selagi produk mereka dikendalikan dengan
betul untuk kegunaannya yang sebenar, produk ini
66