User Guide

Table Of Contents
Amaran
Jangan letak objek di hadapan penderia IR TV kerana
objek itu boleh menyekat isyarat IR.
3.3. Bateri dan Pembersihan
Gantikan bateri
Rujuk Panduan Ringkas dalam pakej produk anda
untuk maklumat terperinci tentang bateri alat kawalan
jauh.
Jika TV tidak memberi sebarang respons ketika
kekunci alat kawalan jauh ditekan, kemungkinan
bateri kehabisan.
Untuk menggantikan bateri, buka petak bateri di
bahagian sisi papan kekunci pada alat kawalan jauh.
1 - Tolak penutup petak bateri ke arah yang
ditunjukkan oleh anak panah.
2 - Gantikan bateri lama dengan bateri baharu.
Pastikan hujung + dan - bateri dibariskan dengan
betul.
3 - Letak semula penutup petak bateri dan tolaknya
kembali sehingga terkunci.
• Alih keluar bateri jika anda tidak menggunakan alat
kawalan jauh buat masa yang lama.
• Lupuskan bateri anda secara selamat mengikut
arahan akhir penggunaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam Bantuan, pilih Kata Kunci dan cari Akhir
penggunaan.
Pembersihan
Alat kawalan jauh anda disapukan dengan lapisan
kalis calar.
Untuk membersihkan alat kawalan jauh, gunakan kain
lembap yang lembut. Jangan sekali-kali
menggunakan bahan seperti alkohol, bahan kimia
atau pencuci rumah pada alat kawalan jauh.
9