operation manual

13.4
Tontonan 3D Optimum
Untuk mendapatkan pengalaman tontonan 3D yang
optimum, kami mengesyorkan agar anda:
• duduk sekurang-kurangnya jarak 3 kali ketinggian
skrin TV dari TV, tetapi tidak lebih dari jarak 6 meter.
• elakkan pencahayaan pendarfluor (seperti
pencahayaan TL atau mentol penjimat tenaga
tertentu yang beroperasi dalam frekuensi rendah) dan
cahaya matahari terus kerana ini boleh mengganggu
pengalaman 3D.
13.5
Penjagaan Cermin Mata 3D
• Jangan gunakan bahan kimia pembersih yang
mengandungi alkohol, pelarut, surfaktan atau lilin,
benzena, pencair, bahan penghalau nyamuk atau
pelincir. Penyahwarnaan atau retak boleh berlaku jika
menggunakan bahan kimia ini.
• Jangan dedahkan cermin mata 3D kepada cahaya
matahari terus, haba, api atau air. Ini boleh
menyebabkan pincang tugas produk atau kebakaran.
• Jangan jatuhkan, membengkokkan atau
mengenakan daya terhadap kanta cermin mata 3D.
• Gunakan kain lembut yang bersih (mikrogentian
atau flanel kapas) untuk membersihkan kanta bagi
mengelakkan daripada tercalar. Jangan sesekali
menyembur pembersih secara terus ke cermin mata
3D. Ini boleh merosakkan peralatan elektronik (untuk
cermin mata 3D Aktif).
• Jangan gunakan bahan kimia pembersih yang
mengandungi alkohol, pelarut, surfaktan atau lilin,
benzena, pencair, bahan penghalau nyamuk atau
pelincir. Penyahwarnaan atau retak boleh berlaku jika
menggunakan bahan kimia ini.
13.6
Amaran Kesihatan
• Menonton 3D tidak disyorkan bagi kanak-kanak di
bawah usia enam tahun.
• Jika anda atau keluarga anda mempunyai sejarah
epilepsi atau sawan fotosensitif, berbincang dengan
pakar perubatan sebelum mendedahkan diri anda
kepada sumber cahaya yang memancar-mancar,
turutan imej yang pantas atau menonton 3D.
• Jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan,
berhenti menonton 3D dan jangan terus libatkan diri
dalam sebarang aktiviti yang mungkin berbahaya
(contohnya, memandu kereta) sehingga simptom
anda hilang. Jika simptom berterusan, jangan
teruskan menonton 3D tanpa berbincang dengan
pakar perubatan terlebih dahulu.
• Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti pening-
pening, sakit kepala atau disorientasi, kami syorkan
untuk tidak menonton 3D untuk jangka masa yang
lama.
• Jangan gunakan cermin mata 3D untuk sebarang
tujuan selain daripada menonton TV 3D.
• Jika anda kebiasaannya memakai cermin mata
pemulihan atau kanta lekap, pakai cermin mata 3D
bersama-sama cermin mata atau kanta lekap.
• Jauhkan cermin mata dari kanak-kanak kecil untuk
mengelakkan mereka menelan bahagian kecil atau
bateri.
• Ibu bapa perlu memantau anak mereka semasa
menonton 3D dan pastikan mereka tidak mengalami
sebarang ketidakselesaan seperti yang dinyatakan di
atas. Menonton 3D tidak disyorkan untuk kanak-
kanak berusia enam tahun ke bawah kerana sistem
penglihatan mereka masih belum terbentuk
sepenuhnya.
• Elakkan penggunaan cermin mata 3D apabila
berlaku jangkitan mata atau penyakit lain yang
dipindahkan melalui sentuhan (seperti konjunktivitis,
kutu rambut, dll.). Hanya gunakan semula cermin
mata 3D apabila jangkitan telah hilang sepenuhnya.
44