operation manual

Pemasangan Manual
Saluran TV analog boleh dipasang secara manual,
saluran demi saluran.
Untuk memasang saluran analog secara manual…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Tetapan TV dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Pemasangan Antena/Kabel dan pilih
Analog: Pemasangan Manual .
Sistem
Untuk menyediakan sistem TV, pilih Sistem.
Pilih negara anda atau bahagian dunia anda berada
sekarang.
Cari Saluran
Untuk mencari saluran, pilih Cari Saluran. Pilih Cari.
Anda juga boleh memasukkan sendiri frekuensi. Jika
penerimaan lemah, tekan Cari sekali lagi. Jika anda
mahu menyimpan saluran, pilih Selesai.
Simpan
Anda boleh menyimpan saluran pada nombor
saluran semasa atau sebagai nombor saluran baharu.
Pilih Simpan Saluran Semasa atau Simpan sebagai
Saluran Baharu.
Anda boleh buat semula langkah ini sehingga anda
menemukan semua saluran TV analog yang tersedia.
16.2
Pemasangan Satelit
Memasang Satelit
Mengenai Memasang Satelit
TV ini mempunyai dua penala DVB-S/DVB-S2 satelit
terbina dalam.
Sehingga 4 Satelit
Anda boleh memasang sehingga 4 satelit (4 LNB)
pada TV ini. Pilih bilangan sebenar satelit yang anda
mahu pasang pada permulaan pemasangan. Ini akan
mempercepatkan pemasangan.
Unicable
Anda boleh menggunakan sistem Unicable untuk
menyambung cakera antena kepada TV. Anda boleh
memilih Unicable untuk 1 atau 2 satelit pada
permulaan pemasangan.
MDU - Unit Berbilang Kediaman
Penala satelit terbina dalam menyokong MDU pada
satelit Astra dan untuk Digiturk pada satelit Eutelsat.
MDU pada Türksat tidak disokong.
Mulakan Pemasangan
Pastikan cakera satelit anda disambungkan dengan
betul dan dijajarkan dengan baik sebelum anda
memulakan pemasangan.
Untuk memulakan pemasangan satelit…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Pemasangan Satelit > Cari Satelit kemudian
tekan OK.
3 - Pilih Cari dan tekan OK. TV akan mencari satelit.
4 - Pilih Pasang dan tekan OK. TV menunjukkan
persediaan pemasangan satelit semasa.
Jika anda mahu menukar persediaan ini,
pilih Tetapan. Pergi ke langkah 3b.
Jika anda tidak mahu menukar persediaan, pilih Cari.
Pergi ke langkah 5.
3b - TV mempunyai 2 penala satelit terbina dalam.
Menurut berapa banyak kabel cakera satelit yang
telah anda sambungkan –1 atau 2, pilih Satu
Penala atau Dua Penala. Jika anda menggunakan
sistem Kabel Tunggal (Unicable atau MDU), sentiasa
pilih Dua Penala.
5 - Dalam Sistem Pemasangan, pilih bilangan satelit
yang anda mahu pasang atau pilih salah satu sistem
Unicable. Apabila anda memilih Unicable, anda
boleh memilih Nombor Jalur Pengguna dan
memasukkan Frekuensi Jalur Pengguna bagi setiap
penala. Dalam sesetengah negara, anda boleh
melaraskan beberapa tetapan pakar bagi setiap LNB
dalam Lebih Banyak Tetapan.
6 - TV akan mencari satelit yang tersedia pada
penjajaran cakera antena anda. Ini mungkin
mengambil masa beberapa minit. Jika satelit ditemui,
nama dan kekuatan penerimaannya ditunjukkan pada
skrin.
7 - Apabila TV menemui satelit yang anda perlukan,
pilih Pasang.
8 - Jika satelit menawarkan Pakej Saluran, TV akan
menunjukkan pakej yang tersedia untuk satelit
tersebut. Pilih pakej yang anda perlukan. Sesetengah
pakej menawarkan
pemasangan Pantas atau Penuh untuk saluran
mereka yang tersedia, pilih satu atau yang lain. TV
akan memasang saluran satelit dan stesen radio.
9 - Untuk menyimpan persediaan satelit serta
saluran dan stesen radio yang telah dipasang,
pilih Selesai.
CAM Satelit
Jika anda menggunakan CAM – Modul Akses
Bersyarat dengan kad pintar – untuk menonton
saluran satelit, kami mengesyorkan untuk melakukan
pemasangan satelit dengan CAM dimasukkan ke
dalam TV.
Kebanyakan CAM digunakan untuk nyahkarau
saluran.
70