operation manual

Table Of Contents
Nota: Anda perlu menggandingkan alat kawalan jauh
dengan TV sebelum menggunakan papan kekunci
alat kawalan jauh.
Menulis Teks
Dengan papan kekunci di bahagian belakang alat
kawalan jauh, anda boleh menulis teks dalam mana-
mana medan teks pada skrin.
Untuk menulis teks…
1 - Pilih medan teks jika ia masih belum dipilih.
2 - Pusingkan papan kekunci alat kawalan jauh
menghala ke atas untuk mengaktifkan kekunci papan
kekunci. Pegang alat kawalan jauh dengan kedua-
dua tangan dan taip menggunakan kedua-dua ibu
jari.
3 - Untuk menyembunyikan papan kekunci pada
skrin, tekan  Ke belakang.
Tekan OK untuk mengesahkan teks.
Papan Kekunci Pada Skrin
Jika anda menggunakan papan kekunci pada skrin
untuk memasukkan teks, anda boleh mengkonfigurasi
tataletak papan kekunci kepada tataletak yang anda
biasa gunakan.
Untuk membuka tetapan ini…
Tekan  HOME, pilih Tetapan dan
tekan OK.
5 - Pilih Tetapan Android dan tekan OK.
6 - Pilih Keutamaan Peranti > Papan
Kekunci dan tekan OK.
7 - Pilih Tetapan Gboard > Bahasa dan
tekan OK. Anda boleh menetapkan tataletak papan
kekunci bahasa anda di sini.
8 - Tekan  Ke belakang untuk menutup menu
dan untuk kembali satu langkah.
• Jarak terbaik untuk menggunakan alat kawalan jauh
dengan TV adalah kurang daripada 5 m.Â
• Apabila menggunakan papan kekunci alat kawalan
jauh, pastikan alat kawalan kauh tidak diserongkan
lebih daripada 50 darjah.
• Jangan sekat cahaya IR alat kawalan jauh.
Qwerty dan Azerty
Tataletak standard Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh
adalah Qwerty.
Papan kekunci Azerty
Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh boleh ditetapkan
ke Azerty, bergantung kepada wilayah anda. Aksara
Azerty ditunjukkan di bahagian kanan atas kekunci
yang berkenaan.
Untuk menetapkan tataletak papan kekunci ke
Azerty…
1 - Tekan  HOME, pilih Tetapan dan
tekan OK.
2 - Pilih Wilayah dan bahasa dan
tekan  (kanan) untuk memasuki menu.
3 - Pilih Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh dan
tekan OK.
4 - Pilih Qwerty atau Azerty dan tekan OK.
5 - Tekan  (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
3.5
Penderia IR
TV boleh menerima perintah daripada alat kawalan
jauh yang menggunakan IR (inframerah) untuk
menghantar perintah. Jika anda menggunakan alat
kawalan jauh tersebut, sentiasa pastikan bahawa
anda menghalakan alat kawalan jauh ke penderia
inframerah di bahagian hadapan TV.
Â Amaran
Jangan letak objek di hadapan penderia IR TV kerana
objek itu boleh menyekat isyarat IR.
3.6
Bateri
Jika TV tidak memberi sebarang respons ketika
kekunci alat kawalan jauh ditekan, kemungkinan
bateri kehabisan.
Untuk menggantikan bateri, buka petak bateri di
bahagian sisi papan kekunci pada alat kawalan jauh.
1 - Tolak penutup petak bateri ke arah yang
ditunjukkan oleh anak panah.
2 - Gantikan bateri lama dengan 2 bateri alkali jenis
AAA-LR03-1.5V. Pastikan hujung  dan  bateri
dibariskan dengan betul.
3 - Letak semula penutup petak bateri dan tolaknya
kembali sehingga terkunci.
Alih keluar bateri jika anda tidak menggunakan alat
kawalan jauh buat masa yang lama.
Lupuskan bateri anda secara selamat mengikut
arahan akhir penggunaan.
11