operation manual

Table Of Contents
mematikan pelarasan kelantangan automatik.
Pilih Mod Malam untuk pengalaman mendengar yang
lebih perlahan dan selesa.
Kelantangan delta
 Tetapan
> Bunyi > Lanjutan > Kelantangan delta.
Tetapan kelantangan Delta boleh digunakan untuk
melaraskan dan mengimbangkan perbezaan tahap
bunyi antara saluran TV dengan input sumber HDMI.
Tekan anak panah  (atas)
atau  (bawah) untuk melaraskan nilai delta
bagi kelantangan pembesar suara TV.
* Nota: Kelantangan delta tersedia apabila sumber
input ditetapkan kepada HDMI atau sumber Analog
dan Audio keluar ditetapkan kepada pembesar suara
TV atau sistem bunyi HDMI.
Tetapan Audio Keluar
Audio keluar
 Tetapan > Bunyi > Lanjutan > Audio
keluar.
Tetapkan TV untuk memainkan bunyi pada TV atau
pada sistem audio yang bersambung.
Anda boleh memilih tempat anda mahu mendengar
bunyi TV dan cara anda mahu mengawalnya.
• Jika anda memilih Pembesar suara TV mati,
anda mematikan pembesar suara TV secara kekal.
• Jika anda memilih Pembesar suara TV,
pembesar suara TV akan sentiasa hidup.
Dengan peranti audio yang disambungkan dengan
HDMI CEC, pilih sistem bunyi HDMI. TV akan
mematikan pembesar suara TV apabila peranti
memainkan bunyi.
eARC
 Tetapan > Bunyi > Lanjutan > eARC.
Tetapkan mod eARC kepada Auto atau Mati.
Tetapan Output Digital
Tetapan output digital tersedia untuk isyarat bunyi
optik dan HDMI ARC.
Format digital keluar
Â
Tetapan > Bunyi > Lanjutan > Format
digital keluar.
Tetapkan isyarat audio keluar TV untuk menyesuaikan
keupayaan bunyi Sistem Teater Rumah yang
bersambung.
• Stereo (dinyahmampat): Jika peranti main balik
audio anda tidak mempunyai pemprosesan bunyi
berbilang saluran, pilih untuk output kandungan
stereo sahaja ke peranti main balik audio anda.
• Berbilang saluran: Pilih untuk output kandungan
audio berbilang saluran (isyarat bunyi berbilang
saluran mampat) atau kandungan audio stereo ke
peranti main balik audio anda.
• Berbilang saluran (pintas): Pilih untuk output
kandungan Dolby Digital Plus atau DTS ke peranti
main balik audio atau Sistem teater rumah anda.
- Pastikan peranti main balik audio anda menyokong
ciri Dolby Atmos.
-Â Output SPDIF (DIGITAL AUDIO OUT) akan
dinyahdayakan apabila menstrim kandungan Dolby
Digital Plus.
Pengimbangan digital keluar
Â
Tetapan > Bunyi > Lanjutan > Pengimba
ngan digital keluar.
Laraskan paras kelantangan daripada peranti yang
disambungkan pada output audio digital (SPDIF) atau
HDMI.
• Pilih Lebih untuk kelantangan yang lebih kuat.
• Pilih Kurang untuk kelantangan yang lebih lembut.
Lengah digital keluar
Â
Tetapan > Bunyi > Lanjutan > Lengah
digital keluar.
Untuk sesetengah Sistem Teater Rumah anda
mungkin perlu melaraskan lengah penyegerakan
audio untuk menyegerakkan audio ke
video. Matikan jika lengah bunyi ditetapkan pada
Sistem Teater Rumah anda.
Ofset digital keluar (Hanya tersedia apabila lengah
digital keluar ditetapkan kepada Hidup)
 Tetapan > Bunyi > Lanjutan > Ofset
digital keluar.
Jika anda tidak boleh menetapkan lengah pada
Sistem Teater Rumah, anda boleh menetapkan TV
untuk menyegerakkan bunyi. Anda boleh
menetapkan ofset yang mengimbangi masa yang
diperlukan untuk Sistem Teater Rumah memproses
bunyi gambar TV. Anda boleh menetapkan nilai
dalam langkah 5ms. Tetapan maksimum ialah 60ms.
54