operation manual
Table Of Contents
- Kandungan
- 1 - Taklimat Ringkas TV
- 2 - Menyediakan
- 3 - Rangkaian
- 4 - Sambungan
- 4.1 - Petua mengenai Sambungan
- 4.2 - CI+ CAM dengan Kad Pintar
- 4.3 - Penerima - Kotak Set Atas
- 4.4 - Sistem Teater Rumah - HTS
- 4.5 - Pemain Cakera Blu-ray
- 4.6 - Pemain DVD
- 4.7 - Fon Kepala
- 4.8 - Konsol Permainan
- 4.9 - Pad Permainan
- 4.10 - Pemacu Keras USB
- 4.11 - Papan Kekunci USB
- 4.12 - Pemacu Kilat USB
- 4.13 - Kamera Foto
- 4.14 - Kamkorder
- 4.15 - Komputer
- 5 - Menghidupkan dan Mematikan
- 6 - Alat Kawalan Jauh
- 7 - Menu Utama dan TV
- 8 - Saluran
- 9 - Pilihan Teratas
- 10 - Sumber
- 11 - Aplikasi
- 12 - Video, Foto dan Muzik
- 13 - 3D
- 14 - Berbilang Paparan
- 15 - Tetapan
- 16 - Pemasangan Saluran
- 17 - Perisian
- 18 - Spesifikasi
- 19 - Bantuan dan Sokongan
- 20 - Keselamatan dan Layanan
- 21 - Terma Penggunaan_TV
- 22 - Terma Penggunaan_TV Pintar
- 23 - Hak Cipta
- Katalog indeks

6.3
Pautkan dengan TV
Berpasangan
Alat kawalan jauh ini menggunakan frekuensi radio
(RF) untuk menghantar perintahnya ke TV. Berlainan
dengan alat kawalan jauh yang menggunakan isyarat
inframerah, anda boleh menghantar perintah tanpa
menghalakannya ke TV dengan menggunakan alat
kawalan ini.
TV serta alat kawalan jauh perlu saling dijadikan
berpasangan (dipautkan) agar alat kawalan jauh
dapat berkomunikasi dengan TV. Sebaik sahaja
berpasangan, anda tidak boleh menggunakan alat
kawalan jauh tersebut untuk mengawal TV lain.
Apabila anda memulakan pemasangan TV awal, TV
menjemput anda untuk menekan kekunci OK dan
dengan berbuat demikian, berpasangan telah selesai.
Apabila anda mematikan TV, berpasangan disimpan.
Anda boleh membuat pasangan sehingga 5 alat
kawalan jauh dengan TV ini.
Berpasangan Sekali Lagi
Anda boleh membuat pasangan alat kawalan jauh
lain dengan TV ini.
Kaedah untuk membuat pasangan alat kawalan jauh
adalah berbeza untuk alat kawalan jauh yang telah
berpasangan dengan TV lain berbanding dengan alat
kawalan jauh yang masih belum berpasangan.
• Alat kawalan jauh berpasangan dengan TV lain
Untuk membuat pasangan, pegang alat kawalan jauh
berdekatan dengan logo Philips (kira-kira 10cm) dan
tekan kekunci
Merah dan
Biru pada masa
yang sama. Mesej akan muncul jika berpasangan
berjaya.
• Alat kawalan jauh masih belum berpasangan
Untuk membuat pasangan, pegang alat kawalan jauh
berdekatan dengan logo Philips (kira-kira 10cm) dan
tekan OK. Mesej akan muncul jika berpasangan
berjaya.
Runcit
Untuk membuat berpasangan baru — yang masih
belum berpasangan — TV dengan alat kawalan jauh
yang telah berpasangan dengan TV lain, pegang alat
kawalan jauh berdekatan dengan logo Philips (kira-
kira 10cm) dan tekan kekunci
Merah
dan Biru
pada masa yang sama.
Mesej akan muncul jika berpasangan berjaya.
6.4
Penderia IR
Alat kawalan jauh TV menggunakan RF (frekuensi
radio) untuk menghantar perintahnya ke TV. Anda
tidak perlu menghalakan alat kawalan jauh ke TV
dengan RF.
Bagaimanapun, TV juga boleh menerima perintah
daripada alat kawalan jauh yang menggunakan IR
(inframerah) untuk menghantar perintah. Jika anda
menggunakan alat kawalan jauh tersebut, sentiasa
pastikan bahawa anda menghalakan alat kawalan
jauh ke penderia inframerah di bahagian hadapan TV.
6.5
Bateri
Jika TV tidak memberi sebarang respons ketika
kekunci alat kawalan jauh ditekan, kemungkinan
bateri kehabisan.
Untuk menggantikan bateri, buka petak bateri di
bahagian sisi papan kekunci pada alat kawalan jauh.
1 - Tolak penutup petak bateri ke arah yang
ditunjukkan oleh anak panah.
2 - Gantikan bateri lama dengan 2 bateri
jenis AAA-R03-1.5V. Pastikan hujung + dan - bateri
dibariskan dengan betul.
3 - Letak semula penutup petak bateri dan tolaknya
kembali sehingga terkunci.
Alih keluar bateri jika anda tidak menggunakan alat
kawalan jauh buat masa yang lama.
Lupuskan bateri anda secara selamat mengikut
arahan akhir penggunaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tekan
Kata
Kunci dan cari Akhir penggunaan.
6.6
Pembersihan
Alat kawalan jauh anda disapukan dengan lapisan
kalis calar.
Untuk membersihkan alat kawalan jauh, gunakan kain
lembap yang lembut. Jangan sekali-kali
menggunakan bahan seperti alkohol, bahan kimia
atau pencuci rumah pada alat kawalan jauh.
29