operation manual
Table Of Contents
- Kandungan
- 1 - Taklimat Ringkas TV
- 2 - Menyediakan
- 3 - Rangkaian
- 4 - Sambungan
- 4.1 - Petua mengenai Sambungan
- 4.2 - CI+ CAM dengan Kad Pintar
- 4.3 - Penerima - Kotak Set Atas
- 4.4 - Sistem Teater Rumah - HTS
- 4.5 - Pemain Cakera Blu-ray
- 4.6 - Pemain DVD
- 4.7 - Fon Kepala
- 4.8 - Konsol Permainan
- 4.9 - Pad Permainan
- 4.10 - Pemacu Keras USB
- 4.11 - Papan Kekunci USB
- 4.12 - Pemacu Kilat USB
- 4.13 - Kamera Foto
- 4.14 - Kamkorder
- 4.15 - Komputer
- 5 - Menghidupkan dan Mematikan
- 6 - Alat Kawalan Jauh
- 7 - Menu Utama dan TV
- 8 - Saluran
- 9 - Pilihan Teratas
- 10 - Sumber
- 11 - Aplikasi
- 12 - Video, Foto dan Muzik
- 13 - 3D
- 14 - Berbilang Paparan
- 15 - Tetapan
- 16 - Pemasangan Saluran
- 17 - Perisian
- 18 - Spesifikasi
- 19 - Bantuan dan Sokongan
- 20 - Keselamatan dan Layanan
- 21 - Terma Penggunaan_TV
- 22 - Terma Penggunaan_TV Pintar
- 23 - Hak Cipta
- Katalog indeks

Format Gambar
Asas
Jika gambar tidak memenuhi keseluruhan skrin, jika
bar hitam muncul di bahagian atas atau bawah atau
di kedua-dua belah, anda boleh melaraskan gambar
untuk memenuhkan skrin sepenuhnya.
Untuk memilih salah satu tetapan asas untuk
memenuhkan skrin…
1 - Semasa menonton saluran TV, tekan
.
2 - Pilih Format Gambar > Penuhkan
Skrin atau Muat Pada Skrin dan tekan OK.
3 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
• Penuhkan Skrin – membesarkan gambar secara
automatik untuk memenuhkan skrin. Herotan gambar
adalah minimum, sari kata kekal kelihatan. Tidak
sesuai untuk input PC. Sesetengah format gambar
yang melampau masih boleh menunjukkan bar hitam.
• Muat Pada Skrin – mengezum masuk gambar
secara automatik untuk memenuhkan skrin tanpa
herotan. Bar hitam mungkin kelihatan. Tidak sesuai
untuk input PC.
Lanjutan
Jika dua tetapan asas tidak mencukupi untuk
memformat gambar yang anda mahu, anda boleh
menggunakan tetapan lanjutan. Dengan tetapan
lanjutan, anda memformat gambar pada skrin anda
secara manual.
Anda boleh zum, regang dan pindahkan gambar
sehingga gambar menunjukkan item yang anda
perlukan – cth. sari kata hilang atau sepanduk teks
menatal. Jika anda memformat gambar untuk Sumber
tertentu – seperti konsol permainan yang
disambungkan – anda boleh kembali ke tetapan ini
semasa anda menggunakan konsol permainan lain
kali. TV menyimpan tetapan akhir yang anda lakukan
untuk setiap sambungan.
Untuk memformat gambar secara manual…
1 - Semasa menonton saluran TV, tekan
.
2 - Pilih Lanjutan dan tekan OK.
3 - Gunakan Pindahkan, Zum, Regang atau Asli
untuk melaraskan gambar. Pilih Buat Asal untuk
kembali kepada tetapan gambar yang ada apabila
anda membuka Format Gambar.
• Pindahkan – Pilih anak panah untuk memindahkan
gambar. Anda hanya boleh memindahkan gambar
apabila dizum masuk.
• Zum – Pilih anak panah untuk zum masuk.
• Regang – Pilih anak panah untuk meregangkan
gambar secara menegak atau melintang.
• Buat Asal – Pilih untuk kembali kepada format
gambar seperti ketika anda bermula.
• Asli – Menunjukkan format asal gambar yang
masuk. Ini adalah 1:1 piksel dalam format piksel. Mod
pakar untuk HD dan input PC.
Tetapan Gambar Pantas
Semasa pemasangan pertama, anda telah melakukan
beberapa tetapan gambar dalam beberapa langkah
mudah. Anda boleh buat semula langkah-langkah ini
dengan Tetapan Gambar Pantas. Untuk melakukan
langkah-langkah ini, pastikan TV boleh menala ke
saluran TV atau boleh menunjukkan program dari
peranti yang disambung.
Untuk menetapkan gambar dalam beberapa langkah
mudah…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Gambar dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Lanjutan > Tetapan Gambar Pantas dan
tekan OK.
4 - Pilih Mulakan.
5 - Pilih tetapan gambar yang anda suka dan pergi
ke tetapan seterusnya.
6 - Akhir sekali, pilih Selesai.
7 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
15.2
Bunyi
Gaya Bunyi
Pilih Gaya
Untuk pelarasan bunyi yang mudah, anda boleh
memilih tetapan pratetap dengan Gaya Bunyi.
1 - Semasa menonton saluran TV, tekan
.
2 - Pilih Bunyi dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Gaya Bunyi dan pilih satu daripada gaya
dalam senarai.
4 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Gaya yang tersedia ialah…
• Peribadi - Keutamaan bunyi yang anda tetapkan
semasa permulaan awal.
• Asli - Tetapan bunyi paling neutral
• Filem - Sesuai untuk menonton filem
• Muzik - Sesuai untuk mendengar muzik
• Permainan - Sesuai untuk bermain permainan
• Berita - Sesuai untuk pertuturan
52