operation manual

Table Of Contents
Dengan Salinan Senarai Saluran, anda boleh
menyalin saluran yang dipasang pada satu TV ke atas
satu lagi TV Philips bagi julat yang sama. Dengan
Salinan Senarai Saluran, anda mengelakkan
penggunaan masa carian saluran dengan memuat
naik senarai saluran pratakrif pada TV. Gunakan
pemacu kilat USB dengan minimum 1 GB.
Syarat-syarat
• Kedua-dua TV adalah dari julat tahun yang sama.
• Kedua-dua TV mempunyai jenis perkakasan yang
sama. Periksa jenis perkakasan pada plat jenis TV di
belakang TV. Biasanya dikenali sebagai Q . . . LA
• Kedua-dua TV mempunyai versi perisian yang
serasi.
Versi perisian semasa
Anda boleh menyemak versi semasa perisian TV
dengan
> Kemas Kini Perisian > Maklumat
Perisian Semasa.
Salin Senarai Saluran
Untuk menyalin senarai saluran…
1 - Hidupkan TV. TV ini sepatutnya mempunyai
saluran yang dipasang.
2 - Pasang masuk pemacu kilat USB.
3 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
4 - Pilih Tetapan Umum dan
tekan
(kanan) untuk memasuki menu.
5 - Pilih Salinan Senarai Saluran dan pilih Salin
kepada USB. Anda mungkin diminta untuk
memasukkan kod PIN Kunci Kanak-kanak untuk
menyalin senarai saluran.
6 - Apabila penyalinan selesai, cabut pemacu kilat
USB.
7 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Sekarang anda boleh memuat naik senarai saluran
yang disalin ke dalam satu lagi TV Philips.
Muat Naik Senarai Saluran
Untuk TV yang tidak Dipasang
Bergantung pada sama ada TV anda telah pun
dipasang atau tidak, anda mesti menggunakan
kaedah berbeza untuk memuat naik senarai saluran.
Untuk TV yang belum dipasang lagi
1 - Pasang masuk palam kuasa untuk memulakan
pemasangan dan memilih bahasa dan negara. Anda
boleh melangkau carian saluran. Selesaikan
pemasangan.
2 - Pasang masuk pemacu kilat USB yang
menyimpan senarai saluran TV lain.
3 - Untuk memulakan muat naik senarai saluran,
tekan
.
4 - Pilih Tetapan Umum dan
tekan
(kanan) untuk memasuki menu.
5 - Pilih Salinan Senarai Saluran dan pilih Salin
kepada TV. Anda mungkin diminta untuk
memasukkan kod PIN Kunci Kanak-kanak TV ini.
6 - TV memberitahu anda jika senarai saluran
berjaya disalin kepada TV. Cabut pemacu kilat USB.
Untuk TV yang Dipasang
Bergantung pada sama ada TV anda telah pun
dipasang atau tidak, anda mesti menggunakan
kaedah berbeza untuk memuat naik senarai saluran.
Untuk TV yang telah dipasang
1 - Sahkan tetapan negara TV. (Untuk mengesahkan
tetapan ini, tekan
. Pilih Pemasangan
Antena/Kabel dan pilih Pasang semula saluran.
Tekan
dan kemudian Batal untuk meninggalkan
pemasangan.)
Jika negara betul, teruskan dengan langkah 2.
Jika negara tidak betul, anda perlu memulakan
pemasangan semula. Untuk memulakan pemasangan
semula, tekan
. Pilih Pemasangan
Antena/Kabel dan pilih Pasang semula
saluran. Pilih negara yang betul dan langkau carian
saluran. Selesaikan pemasangan. Apabila selesai,
teruskan dengan langkah 2.
2 - Pasang masuk pemacu kilat USB yang
menyimpan senarai saluran TV lain.
3 - Untuk memulakan muat naik senarai saluran,
tekan
.
4 - Pilih Tetapan Umum dan
tekan
(kanan) untuk memasuki menu.
5 - Pilih Salinan Senarai Saluran dan pilih Salin
kepada TV. Anda mungkin diminta untuk
memasukkan kod PIN Kunci Kanak-kanak TV ini.
6 - TV memberitahu anda jika senarai saluran
berjaya disalin kepada TV. Cabut pemacu kilat USB.
DVB-T atau DVB-C
Penerimaan DVB-T atau DVB-C
Sebelum anda mencari saluran semasa pemasangan
saluran, anda memilih Antena (DVB-T) atau Kabel
(DVB-C). Antena DVB-T mencari saluran analog bumi
dan saluran DVB-T digital. Kabel DVB-C mencari
saluran analog dan digital yang tersedia daripada
operator kabel DVB-C.
Pemasangan Saluran DVB-C
Untuk kemudahan, semua tetapan DVB-C ditetapkan
kepada automatik.
Jika operator DVB-C anda memberikan anda nilai
DVB-C tertentu, ID rangkaian atau frekuensi
rangkaian, masukkan nilai ini apabila TV memintanya
semasa pemasangan.
69