operation manual

Table Of Contents
18
Spesifikasi
18.1
Persekitaran
Label Tenaga Eropah
Label Tenaga Eropah memberikan anda maklumat
mengenai kelas kecekapan tenaga produk ini.
Semakin hijau kelas kecekapan tenaga produk ini,
semakin rendah penggunaan tenaganya.
Pada label, anda boleh menemui kelas kecekapan
tenaga, penggunaan kuasa purata yang produk ini
gunakan dan penggunaan tenaga purata untuk 1
tahun. Anda juga boleh menemui nilai penggunaan
kuasa untuk produk ini di laman web Philips untuk
negara anda di www.philips.com/TV
Akhir Penggunaan
Pembuangan produk lama dan bateri anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan
bahan dan komponen berkualiti tinggi yang boleh
dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah
dilekatkan pada produk, ini bermakna produk
dilindungi oleh European Directive 2002/96/EC.
Sila ambil tahu tentang sistem pengumpulan
berasingan setempat untuk produk elektrik dan
elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan
jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah
yang biasa. Pembuangan produk lama anda yang
betul membantu untuk mencegah akibat negatif yang
berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh
European Directive 2006/66/EC, yang tidak boleh
dilupuskan bersama dengan sisa rumah yang biasa.
Sila ambil tahu tentang peraturan setempat mengenai
pengumpulan berasingan bateri kerana pembuangan
yang betul membantu untuk mencegah akibat negatif
yang berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
18.2
Kuasa
Spesifikasi produk tertakluk kepada perubahan tanpa
notis. Untuk butiran spesifikasi lanjut mengenai
produk ini, lihat www.philips.com/support
Kuasa
• Kuasa sesalur : AC 220-240V +/-10%
• Suhu sekitar : 5°C hingga 35°C
• Ciri penjimatan kuasa : Penderia cahaya, Mod
ekologi, Redam gambar (untuk radio), Pemasa
pematian auto, Menu tetapan ekologi.
Untuk maklumat mengenai penggunaan kuasa, lihat
bab Fis Produk.
Pengadaran kuasa yang dinyatakan pada plat jenis
produk adalah penggunaan kuasa untuk produk ini
semasa penggunaan rumah biasa (IEC 62087 Ed.2).
Pengadaran kuasa maksimum, dinyatakan antara
tanda kurung, digunakan untuk keselamatan elektrik
(IEC 60065 Ed. 7.2).
18.3
Sistem Pengoperasian
Android OS
5.0 Lollipop
18.4
Penerimaan
• Input aerial : 75 ohm sepaksi (IEC75)
• Jalur penala : Hyperband, S-Channel, UHF, VHF
• DVB : DVB-T2, DVB-C (kabel) QAM
• Main balik video analog : SECAM, PAL
• Main balik video digital : MPEG2 SD/HD (ISO/IEC
13818-2), MPEG4 SD/HD (ISO/IEC 14496-10)
• Main balik audio digital (ISO/IEC 13818-3)
• Input aerial satelit : Jenis-F 75 ohm
• Julat frekuensi input : 950 hingga 2150MHz
• Julat paras input : 25 hingga 65 dBm
• DVB-S/S2 QPSK, kadar simbol 2 hingga 45M simbol,
SCPC dan MCPC
• LNB : DiSEqC 1.0, LNB 1 hingga 4 disokong,
Pemilihan kekutuban 14/18V, Pemilihan jalur 22kHz,
Mod pecutan Nada, Arus LNB 300mA maks
77