operation manual

Table Of Contents
boleh menukar dan menyimpan tetapan dalam mod
ini.
Sepanduk komersial muncul
Pastikan Lokasi ditetapkan kepada Rumah .
Gambar tidak muat skrin
Tukar kepada format gambar berbeza.
Format gambar terus berubah dengan saluran yang
berbeza
Pilih format gambar bukan 'Auto'.
Kedudukan gambar tidak betul
Isyarat gambar daripada beberapa peranti mungkin
tidak dapat muat pada skrin dengan betul. Semak
output isyarat peranti yang disambungkan.
Gambar komputer tidak stabil
Pastikan PC anda menggunakan resolusi dan kadar
segar semula yang disokong.
Bunyi
Tiada bunyi atau kualiti bunyi tidak bagus
Jika tiada isyarat audio dikesan, TV mematikan output
audio secara automatik - ini tidak menunjukkan
pincang tugas.
• Pastikan tetapan bunyi ditetapkan dengan betul.
• Pastikan semua kabel disambungkan dengan betul.
• Pastikan kelantangan tidak diredamkan atau
ditetapkan kepada sifar.
• Pastikan output audio TV disambungkan ke input
audio Sistem Teater Rumah.
Bunyi sepatutnya didengar dari pembesar suara HTS.
• Sesetengah peranti mungkin memerlukan anda
untuk mendayakan output audio HDMI secara
manual. Jika audio HDMI telah pun didayakan tetapi
anda masih tidak mendengar audio, cuba tukar
format audio digital bagi peranti kepada PCM
(Modulasi Kod Denyut). Rujuk dokumentasi yang
disertakan bersama peranti anda untuk arahan.
Sambungan
HDMI
• Sila ambil perhatian bahawa sokongan HDCP (High-
bandwidth Digital Content Protection) boleh
melambatkan masa yang diambil untuk TV
memaparkan kandungan daripada peranti HDMI.
• Jika TV tidak mengenal peranti HDMI dan gambar
tidak dipaparkan, tukar sumber daripada satu peranti
kepada yang lain dan kembali semula.
• Jika terdapat gangguan bunyi terputus-putus, sila
pastikan bahawa tetapan output daripada peranti
HDMI adalah betul.
• Jika anda menggunakan penyesuai HDMI-ke-DVI
atau kabel HDMI-ke-DVI, sila pastikan bahawa kabel
audio tambahan disambungkan ke AUDIO MASUK
(bicu mini sahaja), jika tersedia.
EasyLink tidak berfungsi
• Pastikan peranti HDMI anda adalah serasi HDMI-
CEC. Ciri EasyLink hanya berfungsi dengan peranti
yang serasi HDMI-CEC.
Ikon kelantangan tidak ditunjukkan
• Apabila peranti audio HDMI-CEC disambungkan,
tindakan ini adalah normal.
Foto, video dan muzik daripada peranti USB tidak
kelihatan
• Pastikan peranti storan USB ditetapkan kepada
mematuhi Kelas Storan Massa, seperti yang
diperihalkan dalam dokumentasi peranti storan.
• Pastikan peranti storan USB serasi dengan TV.
• Pastikan format fail audio dan gambar disokong
oleh TV.
Main balik fail USB yang terputus-putus
• Prestasi pemindahan peranti storan USB mungkin
mengehadkan kadar pemindahan data ke TV yang
menyebabkan main balik yang tidak baik.
19.3
Bantuan
TV ini menawarkan bantuan pada skrin.
Membuka Bantuan
Tekan kekunci
(biru) untuk membuka Bantuan
dengan segera. Bantuan akan membuka bab yang
paling berkaitan dengan apa yang anda lakukan atau
apa yang dipilih pada TV. Untuk mencari topik
mengikut abjad, pilih Kata Kunci .
Untuk membaca Bantuan sebagai buku, pilih Buku.
Sebelum anda melaksanakan arahan Bantuan, tutup
Bantuan.
Untuk menutup Bantuan, tekan kekunci
warna
Tutup .
Untuk sesetengah aktiviti, seperti Teks (Teleteks),
kekunci warna mempunyai fungsi tertentu dan tidak
boleh membuka Bantuan.
Bantuan TV pada tablet, telefon pintar atau komputer
anda
Untuk melaksanakan turutan arahan yang panjang
dengan lebih mudah, anda boleh muat turun
Bantuan TV dalam format PDF untuk dibaca pada
telefon pintar, tablet atau komputer anda. Selain itu,
anda boleh mencetak halaman Bantuan yang
berkaitan dari komputer anda.
Untuk memuat turun Bantuan (manual pengguna),
pergi ke www.philips.com/support
81