operation manual

Table Of Contents
syiling yang boleh ditelan dengan mudah oleh kanak-
kanak kecil. Jauhkan bateri ini daripada jangkauan
kanak-kanak pada setiap masa.
Risiko Panas Melampau
Jangan sekali-kali pasang TV di ruang yang terbatas.
Biarkan ruang sekurang-kurangnya 10 sm atau 4 inci
di sekitar TV untuk pengudaraan. Pastikan langsir atau
objek lain tidak menutupi slot pengudaraan pada TV.
Ribut Petir
Putuskan sambungan TV daripada alur keluar kuasa
dan antena sebelum berlaku ribut petir.
Semasa berlaku ribut petir, jangan sentuh sebarang
bahagian kord kuasa TV atau kabel antena.
Risiko Kecederaan Pendengaran
Elakkan daripada menggunakan fon telinga atau fon
kepala pada kelantangan yang tinggi atau untuk
jangka masa yang lama.
Suhu Rendah
Jika TV dipindahkan dalam suhu di bawah 5°C atau
41°F, bawa keluar TV daripada kotak dan tunggu
sehingga suhu TV mencapai suhu bilik sebelum
menyambungkan TV kepada alur keluar kuasa.
Kelembapan
Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku,
bergantung pada suhu dan kelembapan,
pemeluwapan kecil boleh berlaku pada bahagian
dalam permukaan cermin TV (dalam sesetengah
model). Untuk mengelakkan hal ini, jangan dedahkan
TV kepada cahaya matahari terus, haba atau
kelembapan yang melampau. Jika pemeluwapan
berlaku, pemeluwapan ini akan hilang dengan
sendirinya apabila TV terpasang selama beberapa
jam.
Lembapan pemeluwapan tidak akan merosakkan TV
atau mengakibatkan pincang tugas.
20.2
Penjagaan Skrin
• Jangan sekali-kali menyentuh, menolak, menggosok
atau memukul skrin dengan sebarang objek.
• Cabut palam TV sebelum melakukan pembersihan.
• Bersihkan TV dan bingkai dengan kain lembap yang
lembut dan lap dengan lembut. Elakkan daripada
menyentuh LED Ambilight di belakang TV. Jangan
sekali-kali menggunakan bahan seperti alkohol,
bahan kimia atau pencuci rumah pada TV.
• Untuk mengelakkan kecacatan dan kelunturan
warna, lap titisan air dengan secepat mungkin.
• Elakkan imej tidak bergerak sebanyak mungkin. Imej
tidak bergerak ialah imej yang kekal pada skrin untuk
jangka masa yang panjang. Imej tidak bergerak
termasuk menu pada skrin, bar hitam, paparan masa,
dsb. Jika anda mesti menggunakan imej tidak
bergerak, kurangkan kontras dan kecerahan skrin
untuk mengelak kerosakan skrin.
84