operation manual
Table Of Contents
- Kandungan
- 1 - Taklimat Ringkas TV
- 2 - Menyediakan
- 3 - Rangkaian
- 4 - Sambungan
- 4.1 - Petua mengenai Sambungan
- 4.2 - CI+ CAM dengan Kad Pintar
- 4.3 - Penerima - Kotak Set Atas
- 4.4 - Sistem Teater Rumah - HTS
- 4.5 - Pemain Cakera Blu-ray
- 4.6 - Pemain DVD
- 4.7 - Fon Kepala
- 4.8 - Konsol Permainan
- 4.9 - Pad Permainan
- 4.10 - Pemacu Keras USB
- 4.11 - Papan Kekunci USB
- 4.12 - Pemacu Kilat USB
- 4.13 - Kamera Foto
- 4.14 - Kamkorder
- 4.15 - Komputer
- 5 - Menghidupkan dan Mematikan
- 6 - Alat Kawalan Jauh
- 7 - Menu Utama dan TV
- 8 - Saluran
- 9 - Pilihan Teratas
- 10 - Sumber
- 11 - Aplikasi
- 12 - Video, Foto dan Muzik
- 13 - 3D
- 14 - Berbilang Paparan
- 15 - Tetapan
- 16 - Pemasangan Saluran
- 17 - Perisian
- 18 - Spesifikasi
- 19 - Bantuan dan Sokongan
- 20 - Keselamatan dan Layanan
- 21 - Terma Penggunaan_TV
- 22 - Terma Penggunaan_TV Pintar
- 23 - Hak Cipta
- Katalog indeks

21
Terma
Penggunaan_TV
2015 © TP Vision Europe B.V. Hak cipta terpelihara.
Produk ini telah dibawa ke pasaran oleh TP Vision
Europe B.V. atau salah satu anggota gabungannya,
kemudian daripada ini dirujuk sebagai TP Vision, yang
merupakan pengeluar produk ini. TP Vision ialah
penjamin berkaitan TV yang dibungkus bersama
dengan buku kecil ini. Philips dan Lambang Perisai
Philips ialah tanda dagangan berdaftar Koninklijke
Philips N.V.
Spesifikasi tertakluk pada perubahan tanpa notis.
Tanda dagangan adalah harta Koninklijke Philips N.V
atau pemiliknya masing-masing. TP Vision berhak
menukar produk pada bila-bila masa tanpa perlu
melaraskan bekalan yang terdahulu seperlunya.
Bahan bertulis yang dibungkus dengan TV dan
panduan yang tersimpan dalam memori TV atau
dimuat turun daripada laman web Philips dipercayai
mencukupi untuk penggunaan sistem yang
sepatutnya.
Bahan di dalam manual ini dipercayai mencukupi
untuk penggunaan sistem yang sepatutnya. Jika
produk, atau modul atau prosedur individunya
digunakan untuk tujuan selain yang dinyatakan di sini,
pengesahan kesahihan dan kesesuaiannya mesti
diperoleh. TP Vision Europe B.V. menjamin bahawa
bahan itu sendiri tidak melanggar sebarang paten
Amerika Syarikat. Tiada jaminan lanjutan tersurat atau
tersirat. TP Vision Europe B.V. tidak boleh
dipertanggungjawabkan sama ada terhadap
sebarang ralat dalam kandungan dokumen ini
mahupun terhadap sebarang masalah yang berakibat
daripada kandungan dalam dokumen ini. Ralat yang
dilaporkan kepada Philips akan diadaptasi dan
diterbitkan dalam laman web sokongan Philips
secepat mungkin.
Terma jaminan - Risiko kecederaan, kerosakan
terhadap TV atau pembatalan jaminan!
Jangan sekali-kali cuba untuk membaiki sendiri TV.
Gunakan TV dan aksesori hanya untuk tujuan yang
dimaksudkan oleh pengeluar. Tanda amaran yang
dicetak pada bahagian belakang TV menunjukkan
risiko kejutan elektrik. Jangan sekali-kali tanggalkan
penutup TV. Hubungi Layanan Pelanggan TV Philips
setiap kali TV anda memerlukan perkhidmatan atau
pembaikan. Sebarang pengendalian yang dilarang
dengan jelas dalam panduan ini, atau sebarang
pelarasan dan prosedur pemasangan yang tidak
disyorkan atau dibenarkan dalam manual ini akan
membatalkan waranti.
Ciri-ciri piksel
Produk LCD/LED ini mempunyai bilangan piksel
berwarna yang tinggi. Walaupun produk
mengandungi piksel berkesan setinggi 99.999% atau
lebih, bintik hitam atau titik lampu yang cerah (merah,
hijau atau biru) mungkin akan kerap muncul pada
skrin. Ini ialah ciri-ciri struktur paparan (dalam
lingkungan standard industri biasa) dan bukannya
merupakan pincang tugas.
Pematuhan CE
Produk ini mematuhi keperluan penting dan
peruntukan berkaitan lain bagi Arahan 2006/95/EC
(Voltan Rendah), 2004/108/EC (EMC) dan
2011/65/EU (ROHS).
Pematuhan berkenaan EMF
TP Vision Europe B.V. mengeluarkan dan menjual
banyak produk yang disasarkan kepada pengguna
yang, seperti peralatan elektronik lain, secara
umumnya mempunyai keupayaan mengeluarkan dan
menerima isyarat elektromagnet. Salah satu Prinsip
Perniagaan utama Philips adalah mengambil semua
langkah berjaga-jaga kesihatan dan keselamatan
untuk produk kami supaya mematuhi semua
keperluan undang-undang yang dikenakan dan
supaya berada dalam standard Medan
Elektromagnet (EMF) yang terpakai pada masa
penghasilan produk tersebut.
Philips komited untuk membangunkan, menghasilkan
dan memasarkan produk yang tidak mengakibatkan
kesan sampingan terhadap kesihatan. TP Vision
mengesahkan bahawa selagi produk mereka
dikendalikan dengan betul untuk kegunaannya yang
sebenar, produk ini selamat untuk digunakan menurut
bukti saintifik yang tersedia pada hari ini. Philips
memainkan peranan aktif dalam pembangunan
standard EMF dan standard keselamatan
antarabangsa, yang membolehkan Philips menjangka
pembangunan selanjutnya dalam pemiawaian
terhadap penyepaduan produk pada peringkat awal
lagi.
85