User manual

5
Sambungkan
Peranti
5.1
Perihal Sambungan
Panduan Ketersambungan
Sentiasa sambungkan peranti TV dengan sambungan
kualiti paling tinggi yang tersedia. Gunakan juga kabel
berkualiti baik untuk memastikan pemindahan
gambar dan bunyi yang baik.
Apabila anda menyambungkan peranti, TV
mengecam jenisnya dan memberikan nama jenis
yang betul kepada setiap peranti. Anda boleh
menukar nama jenis jika mahu. Jika nama jenis yang
betul untuk peranti ditetapkan, TV secara automatik
bertukar ke tetapan TV paling sesuai apabila anda
beralih ke peranti ini dalam menu Sumber.
Jika anda memerlukan bantuan untuk
menyambungkan beberapa peranti ke TV, anda
boleh melawati panduan ketersambungan Philips TV.
Panduan menawarkan maklumat mengenai cara
untuk menyambung dan kabel yang perlu digunakan.
Pergi ke www.connectivityguide.philips.com
Port antena
Jika anda mempunyai Kotak set atas (penerima
digital) atau Perakam, sambungkan kabel antena
untuk menjalankan isyarat antena melalui Kotak set
atas dan/atau Perakam dahulu sebelum memasuki
TV. Melalui cara ini, antena dan Kotak set atas boleh
menghantar kemungkinan saluran tambahan ke
Perakam untuk merakam.
Port HDMI
Kualiti HDMI
Sambungan HDMI mempunyai kualiti gambar dan
bunyi yang terbaik. Satu kabel HDMI menggabungkan
isyarat video dan audio. Gunakan kabel HDMI untuk
isyarat TV.
Untuk pemindahan kualiti isyarat yang terbaik,
gunakan kabel HDMI berkelajuan Tinggi dan jangan
gunakan kabel HDMI yang lebih daripada 5 m.
Jika peranti yang disambungkan dengan HDMI tidak
berfungsi dengan betul, periksa sama ada
tetapan HDMI Ultra HD yang berbeza boleh
menyelesaikan masalah ini. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, dalam Bantuan, pilih Kata
Kunci dan cari HDMI Ultra HD.
Perlindungan salinan
Kabel HDMI menyokong HDCP 2.2 (Perlindungan
Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi). HDCP ialah
isyarat perlindungan salinan yang menghalang
penyalinan kandungan daripada cakera DVD atau
Cakera Blu-ray. Turut dirujuk sebagai DRM
(Pengurusan Hak Digital).
HDMI ARC
Semua sambungan HDMI pada TV
mempunyai HDMI ARC (Saluran Audio Kembali).
Jika peranti tersebut, biasanya Sistem Teater Rumah
(HTS), turut mempunyai sambungan HDMI ARC,
sambungkannya ke mana-mana sambungan HDMI
pada TV ini. Dengan sambungan HDMI ARC, anda
tidak perlu menyambungkan kabel audio tambahan
yang menghantar bunyi gambar TV ke HTS.
Sambungan HDMI ARC menggabungkan kedua-dua
isyarat.
Anda boleh menggunakan sebarang sambungan
HDMI pada TV ini untuk menyambungkan HTS tetapi
ARC hanya tersedia untuk 1 peranti/sambungan pada
satu-satu masa.
16