User manual

Scart
SCART ialah ssambungan berkualiti tinggi.
Sambungan SCART boleh digunakan untuk isyarat
video CVBS dan RGB tetapi tidak boleh digunakan
untuk isyarat TV Definisi Tinggi (HD). Sambungan
SCART menggabungkan isyarat video dan audio.
Sambungan SCART turut menyokong main balik
NTSC.
Audio Keluar - Optik
Audio Out - Optikal ialah sambungan bunyi berkualiti
tinggi.
Sambungan optik ini boleh membawa saluran radio
5.1. Jika peranti anda, yang biasanya merupakan
Sistem Teater Rumah (HTS), tidak mempunyai
sambungan HDMI ARC, anda boleh menggunakan
sambungan ini dengan sambungan Audio Dalam -
Optik pada HTS. Sambungan Audio Keluar - Optik
menghantar bunyi daripada TV ke HTS.
Anda boleh menetapkan jenis isyarat audio keluar
agar sepadan dengan keupayaan audio Sistem Teater
Rumah anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam Bantuan, pilih Kata Kunci dan cari Tetapan
Audio Keluar.
Jika bunyi tidak sepadan dengan video pada skrin,
anda boleh melaraskan audio kepada penyegerakan
video.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam Bantuan, pilih Kata Kunci dan
cari Penyegerakan Audio ke Video.
5.2
CAM dengan Kad Pintar - CI+
CI+
TV ini bersedia untuk Akses Bersyarat CI+.
Dengan CI+ anda boleh menonton program HD
premium, seperti filem dan sukan, yang ditawarkan
oleh operator TV digital dalam wilayah anda. Program
ini adalah berbayar oleh operator TV dan
dinyahkarau dengan modul CI+ prabayar.
Operator TV digital menyediakan modul CI+ (Modul
Akses Bersyarat - CAM) dan kad pintar yang
disertakan apabila anda melanggan program
premiumnya. Program ini mempunyai tahap
perlindungan salinan yang tinggi.
Hubungi operator TV digital untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai terma & syarat.
Kad Pintar
Operator TV digital menyediakan modul CI+ (Modul
Akses Bersyarat - CAM) dan kad pintar yang
disertakan apabila anda melanggan program
premiumnya.
Masukkan kad pintar ke dalam modul CAM. Lihat
arahan yang anda terima daripada operator.
Untuk memasukkan CAM ke dalam TV…
1 - Cari pada CAM untuk mendapatkan kaedah
kemasukan yang betul. Kemasukan yang salah boleh
merosakkan CAM dan TV.
2 - Semasa melihat di bahagian belakang TV,
dengan bahagian hadapan CAM menghadap ke arah
anda, masukkan CAM perlahan-lahan ke dalam
slot COMMON INTERFACE.
3 - Tolak CAM sedalam yang boleh. Biarkannya di
dalam slot secara kekal.
Apabila anda menghidupkan TV, ini mungkin
memakan masa beberapa minit sebelum CAM
diaktifkan. Jika CAM dimasukkan dan yuran
langganan dibayar (kaedah langganan berlainan),
anda boleh menonton saluran berbayar yang
19