User manual

5.12
Pemacu Keras USB
Apa Yang Anda Perlukan
Jika anda menyambungkan Pemacu Keras USB, anda
boleh menjeda atau merakam siaran TV Digital
(Siaran DVB atau serupa).
Ruang Cakera Minimum
• Untuk Menjeda
Untuk menjeda siaran, anda memerlukan Pemacu
Keras USB 2.0 yang serasi dengan minimum 4GB
ruang cakera.
• Untuk Merakam
Untuk menjeda dan merakam siaran, anda
memerlukan minimum 250GB ruang cakera.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara
memasang Pemacu Keras USB, dalam Bantuan,
pilih Kata Kunci dan cari Pemacu Keras USB,
pemasangan.
Pemasangan
Sebelum anda boleh menjeda atau merakam siaran,
anda perlu menyambung dan memformatkan
Pemacu Keras USB. Pemformatan mengalih keluar
semua fail daripada Pemacu Keras USB.
1 - Sambungkan Pemacu Keras USB ke salah satu
sambungan USB pada TV. Jangan sambungkan
peranti USB lain ke port lain semasa memformat.
2 - Hidupkan Pemacu Keras USB dan TV.
3 - Apabila TV ditala ke saluran TV digital,
tekan
(Jeda). Cubaan menjeda akan memulakan
pemformatan.
Ikuti arahan pada skrin.
Apabila Pemacu Keras USB diformat, biarkannya
menyambung secara kekal.
Amaran
Pemacu Keras USB diformatkan secara eksklusif
untuk TV ini, anda tidak boleh menggunakan rakaman
yang disimpan pada TV atau PC lain. Jangan
menyalin atau mengubah fail rakaman pada Pemacu
Keras USB dengan sebarang aplikasi PC. Ini akan
merosakkan rakaman anda. Apabila anda formatkan
Pemacu Keras USB lain, kandungan pada yang
terdahulu akan hilang. Pemacu Keras USB yang
dipasang pada TV anda akan perlu diformatkan
semula untuk digunakan dengan komputer.
Pemformatan
Sebelum anda boleh menjeda atau merakam siaran
atau menyimpan aplikasi, anda perlu menyambung
dan memformatkan Pemacu Keras USB.
Pemformatan mengalih keluar semua fail daripada
Pemacu Keras USB. Jika anda mahu merakam siaran
dengan data Panduan TV daripada Internet, anda
perlu menyediakan sambungan Internet dahulu
sebelum anda memasang Pemacu Keras USB.
Amaran
Pemacu Keras USB diformatkan secara eksklusif
untuk TV ini, anda tidak boleh menggunakan rakaman
yang disimpan pada TV atau PC lain. Jangan
menyalin atau mengubah fail rakaman pada Pemacu
Keras USB dengan sebarang aplikasi PC. Ini akan
merosakkan rakaman anda. Apabila anda formatkan
Pemacu Keras USB lain, kandungan pada yang
terdahulu akan hilang. Pemacu Keras USB yang
dipasang pada TV anda akan perlu diformatkan
semula untuk digunakan dengan komputer.
Untuk memformatkan Pemacu Keras USB...
1 - Sambungkan Pemacu Keras USB ke salah satu
sambungan USB pada TV. Jangan sambungkan
peranti USB lain ke port lain semasa memformat.
2 - Hidupkan Pemacu Keras USB dan TV.
3 - Apabila TV ditala ke saluran TV digital, tekan
(Jeda). Cubaan menjeda akan memulakan
pemformatan. Ikuti arahan pada skrin.
4 - TV akan bertanya jika anda mahu menggunakan
Pemacu Keras USB untuk menyimpan aplikasi,
bersetuju dengan soalan tersebut jika anda mahu.
5 - Apabila Pemacu Keras USB diformat, biarkannya
menyambung secara kekal.
26