User manual

Untuk keluar dari mod huruf besar, tekan
kekunci
sekali lagi. Jika tiada kekunci ditekan
selama 20 saat, mod huruf besar dimatikan secara
automatik. Jika anda juga menekan kekunci
pengubah suai lain, seperti Fn atau Ω, anda akan
keluar daripada mod huruf besar.
Nombor dan Aksara Tanda Baca
Untuk menaip nombor atau aksara tanda baca, tekan
kekunci Fn betul-betul sebelum anda menaip
nombor atau aksara tanda baca yang anda perlukan.
Anda boleh menghidupkan atau mematikan mod Fn
seperti yang anda lakukan untuk mod huruf besar.
Internet
Anda boleh menggunakan kekunci Fn untuk
memasukkan www. atau .com.
Huruf dan Simbol Aksen
Huruf dan simbol aksen tidak tersedia secara terus
pada Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh.
Untuk menaip aksara tersebut, anda boleh membuka
papan kekunci pada skrin.
Papan kekunci Qwerty, Azerty dan
Cyrillic
Tataletak standard Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh
adalah Qwerty.
Papan kekunci Azerty
Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh boleh ditetapkan
ke Azerty, bergantung kepada wilayah anda. Aksara
Azerty ditunjukkan di bahagian kanan atas kekunci
yang berkenaan.
Untuk menetapkan tataletak papan kekunci ke
Azerty…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Wilayah dan Bahasa dan tekan
(kanan)
untuk memasuki menu.
3 - Pilih Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh dan
tekan OK.
4 - Pilih AZERTY atau QWERTY dan tekan OK.
5 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Papan kekunci Cyrillic
Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh boleh ditukar
kepada aksara Cyrillic, bergantung kepada wilayah
anda.
Aksara Cyrillic ditunjukkan di bahagian kanan atas
kekunci papan kekunci.
Untuk menulis aksara Cyrillic…
1 - Tekan
pada alat kawalan jauh.
2 - Tekan
sekali lagi untuk kembali ke Qwerty.
7.4
Penderia IR
TV boleh menerima perintah daripada alat kawalan
jauh yang menggunakan IR (inframerah) untuk
menghantar perintah. Jika anda menggunakan alat
kawalan jauh tersebut, sentiasa pastikan bahawa
anda menghalakan alat kawalan jauh ke penderia
inframerah di bahagian hadapan TV.
Amaran
Jangan letak objek di hadapan penderia IR TV kerana
objek itu boleh menyekat isyarat IR.
7.5
Bateri
Jika TV tidak memberi sebarang respons ketika
kekunci alat kawalan jauh ditekan, kemungkinan
bateri kehabisan.
Untuk menggantikan bateri, buka petak bateri di
bahagian depan bawah pada alat kawalan jauh.
1 - Tolak penutup petak bateri ke arah yang
ditunjukkan oleh anak panah.
2 - Gantikan bateri lama dengan 2 bateri
jenis AAA-R03-1.5V. Pastikan hujung + dan - bateri
dibariskan dengan betul.
3 - Letak semula penutup petak bateri dan tolaknya
kembali sehingga terkunci.
Alih keluar bateri jika anda tidak menggunakan alat
kawalan jauh buat masa yang lama.
Lupuskan bateri anda secara selamat mengikut
arahan akhir penggunaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam Bantuan, pilih Kata Kunci dan cari Akhir
penggunaan.
7.6
Pembersihan
Alat kawalan jauh anda disapukan dengan lapisan
kalis calar.
Untuk membersihkan alat kawalan jauh, gunakan kain
lembap yang lembut. Jangan sekali-kali
menggunakan bahan seperti alkohol, bahan kimia
atau pencuci rumah pada alat kawalan jauh.
35