User manual

program yang dikunci.
Untuk menetapkan penilaian umur…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Kunci Kanak-kanak > Penilaian Ibu
Bapa dan tekan OK.
3 - Masukkan kod Kunci kanak-kanak 4 digit. Jika
anda masih belum menetapkan kod, pilih Tetapkan
Kod dalam Kunci Kanak-kanak. Masukkan kod
Kunci kanak-kanak 4 digit dan sahkan. Kini anda
boleh menetapkan penilaian umur.
4 - Kembali dalam Penilaian Ibu Bapa, pilih umur
dan tekan OK.
5 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Untuk mematikan penilaian ibu bapa, pilih Tiada.
Bagaimanapun, di sesetengah negara anda perlu
menetapkan penilaian umur.
Untuk sesetengah penyiar/operator, TV hanya
mengunci program dengan penilaian yang lebih
tinggi. Penilaian ibu bapa ditetapkan untuk semua
saluran.
Pilihan Saluran
Buka Pilihan
Anda boleh menetapkan beberapa pilihan semasa
menonton saluran.
Bergantung kepada jenis saluran yang anda tonton
(analog atau digital) atau bergantung kepada tetapan
TV yang anda buat, beberapa pilihan adalah tersedia.
Untuk membuka menu pilihan…
1 - Semasa menonton saluran, tekan
OPTIONS.
2 - Tekan
OPTIONS sekali lagi untuk menutup.
Sari Kata
Hidupkan
Siaran digital boleh mempunyai sari kata untuk
programnya.
Untuk menunjukkan sari kata…
Tekan SUBTITLE.
Anda boleh Hidupkan atau Matikan sari kata.
Sebagai alternatif anda boleh memilih Automatik.
Automatik
Jika maklumat bahasa adalah sebahagian daripada
penyiaran digital dan program yang disiarkan bukan
dalam bahasa anda (bahasa yang ditetapkan pada
TV), TV boleh menunjukkan sari kata secara automatik
dalam salah satu bahasa sari kata yang anda
kehendaki. Salah satu bahasa sari kata ini hendaklah
juga merupakan sebahagian daripada siaran.
Anda boleh memilih bahasa sari kata yang anda
kehendaki dalam Bahasa Sari Kata.
Sari Kata daripada Teks
Jika anda menala ke saluran analog, anda perlu
menjadikan sari kata tersedia untuk setiap saluran
secara manual.
1 - Beralih kepada saluran dan tekan TEXT untuk
membuka Teks.
2 - Masukkan nombor halaman untuk sari kata,
biasanya 888.
3 - Tekan TEXT lagi, untuk menutup Teks.
Jika anda memilih Hidup dalam menu Sari Kata
apabila menonton saluran analog ini, sari kata akan
ditunjukkan jika tersedia.
Untuk mengetahui jika saluran itu analog atau digital,
beralih ke saluran dan buka Maklumat
Saluran dalam
OPTION.
Bahasa Sari Kata
Bahasa Sari Kata Yang Dikehendaki
Penyiaran digital boleh menawarkan beberapa
bahasa sari kata untuk program. Anda boleh
menetapkan bahasa sari kata utama dan sekunder
yang dikehendaki. Jika sari kata dalam salah satu
bahasa ini tersedia, TV menunjukkan sari kata yang
anda pilih.
Untuk menetapkan bahasa sari kata utama dan
sekunder…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Wilayah dan Bahasa > Bahasa > Sari
Kata Utama atau Sari Kata Sekunder.
3 - Pilih bahasa yang anda perlukan dan tekan OK.
4 - Tekan
(kiri) untuk kembali satu langkah atau
tekan
BACK untuk menutup menu.
Pilih Bahasa Sari Kata
Jika tiada satu pun bahasa sari kata yang dikehendaki
tersedia, anda boleh memilih bahasa sari kata lain jika
tersedia. Jika tiada bahasa sari kata tersedia, anda
tidak boleh memilih pilihan ini.
Untuk memilih bahasa sari kata apabila tiada satu pun
bahasa yang anda kehendaki tersedia…
1 - Tekan
OPTIONS.
2 - Pilih Bahasa Sari Kata dan pilih salah satu
bahasa sebagai sari kata buat sementara.
38