User manual

9
Panduan TV
9.1
Apa Yang Anda Perlukan
Dengan Panduan TV, anda boleh melihat senarai
program TV semasa dan berjadual bagi saluran anda.
Bergantung kepada tempat asal maklumat Panduan
TV (data), saluran analog dan digital atau saluran
digital sahaja yang ditunjukkan. Tidak semua saluran
menawarkan maklumat Panduan TV.
TV boleh mengumpulkan maklumat Panduan TV
untuk saluran yang dipasang pada TV. TV tidak boleh
mengumpulkan maklumat Panduan TV untuk saluran
yang dilihat dari penerima digital atau dekoder.
9.2
Data Panduan TV
Panduan TV menerima maklumat (data) daripada
penyiar atau daripada Internet. Di sesetengah rantau
dan untuk sesetengah saluran, maklumat Panduan TV
mungkin tidak tersedia. TV boleh mengumpulkan
maklumat Panduan TV untuk saluran yang dipasang
pada TV. TV tidak boleh mengumpulkan maklumat
Panduan TV daripada saluran yang dilihat daripada
penerima digital dekoder.
TV didatangkan dengan maklumat yang ditetapkan
ke Daripada Penyiar.
Jika maklumat Panduan TV datang daripada Internet,
Panduan TV turut menyenaraikan saluran analog
bersebelahan dengan saluran digital. Menu Panduan
TV turut menunjukkan skrin kecil dengan saluran
semasa.
Daripada Internet
Jika TV disambungkan ke Internet, anda boleh
menetapkan TV untuk menerima maklumat Panduan
TV daripada Internet.
Untuk menetapkan maklumat Panduan TV…
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Tetapan Umum dan tekan
(kanan)
untuk memasuki menu.
3 - Pilih Lanjutan > Panduan TV > Daripada
Internet dan tekan OK.
4 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Rakaman yang tiada
Apabila sesetengah rakaman kelihatan seperti hilang
daripada senarai rakaman, maklumat Panduan TV
(data) mungkin telah berubah. Rakaman yang dibuat
dengan tetapan Daripada Penyiar menjadi tidak
kelihatan dalam senarai jika anda menukar tetapan
kepada Daripada Internet atau sebaliknya. TV
mungkin telah bertukar kepada Daripada
Internet secara automatik.
Untuk menjadikan rakaman tersedia dalam senarai
rakaman, tukar kepada tetapan yang dipilih semasa
rakaman dibuat.
9.3
Menggunakan Panduan TV
Buka Panduan TV
Untuk membuka Panduan TV, tekan
TV GUIDE .
Panduan TV menunjukkan saluran bagi penala yang
dipilih.
Tekan
TV GUIDE sekali lagi untuk menutup.
TV mengimbas semua saluran TV untuk mendapatkan
maklumat program semasa kali pertama anda
membuka Saluran TV. Ini mungkin mengambil masa
beberapa minit. Data Panduan TV disimpan pada TV.
Tala ke Program
Daripada Panduan TV, anda boleh menala ke
program semasa.
Untuk kembali ke program (saluran), pilih program
dan tekan OK.
Lihat butiran program
Untuk mendapatkam butiran program yang dipilih…
1 - Tekan
OPTIONS, pilih Maklumat Program dan
tekan OK.
2 - Tekan
BACK untuk menutup.
Tukar Hari
Panduan TV boleh menunjukkan program dijadualkan
untuk hari akan datang (maksimum sehingga 8 hari).
Tekan
OPTIONS dan pilih hari yang anda
perlukan.
Tetapkan Peringatan
Anda boleh menetapkan peringatan untuk program.
Mesej akan memaklumkan anda pada permulaan
program. Anda boleh menala ke saluran ini dengan
serta-merta.
Program dengan peringatan ditandakan
dengan
(jam) dalam Panduan TV.
43