User manual

Langkah 2 - Hue Bridge
Dalam langkah seterusnya, anda akan memautkan TV
dengan Hue Bridge Philips.
TV hanya boleh dipautkan kepada satu Hue Bridge.
Untuk memautkan Hue Bridge…
1 - Dengan TV disambungkan ke rangkaian rumah
anda, ia akan menunjukkan Hue Bridge yang tersedia.
Jika TV tidak menemui Hue Bridge anda, anda boleh
memilih Imbas sekali lagi dan tekan OK.
Jika TV menemui hanya Hue Bridge yang anda miliki,
pilih nama Hue Bridge dan tekan OK.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu Hue Bridge
yang tersedia, pilih Hue Bridge yang anda mahu
gunakan dan tekan OK.
2 - Pilih Mulakan dan tekan OK.
3 - Sekarang, pergi ke Hue Bridge Philips dan tekan
butang pautan di tengah-tengah peranti. Ini akan
memautkan Hue Bridge dengan TV. Lakukan ini
dalam 30 saat. TV akan mengesahkan sama ada Hue
Bridge kini dipautkan ke TV.
4 - Pilih OK dan tekan OK.
Dengan Hue Bridge Philips dipautkan ke TV, pergi ke
halaman Mentol lampu Hue.
Langkah 3 - Mentol Lampu Hue
Dalam langkah seterusnya, anda akan
memilih Mentol lampu Hue Philips yang akan
mengikuti Ambilight.
Anda boleh memilih maksimum 9 Mentol lampu Hue
Philips untuk Ambilight+hue.
Untuk memilih mentol untuk Ambilight+hue…
1 - Dalam senarai, tandakan mentol yang akan
mengikuti Ambilight. Untuk menandakan mentol, pilih
nama mentol lampu dan tekan OK. Apabila anda
menandakan mentol, mentol akan berkelip sekali.
2 - Apabila anda selesai, pilih OK dan tekan OK.
Dengan mentol ditandakan untuk Ambilight+hue,
pergi ke halaman Konfigurasikan mentol lampu.
Langkah 4 - Konfigurasikan Mentol Lampu
Dalam langkah berikut, anda akan mengkonfigurasi
setiap Mentol lampu Hue Philips.
Untuk mengkonfigurasi setiap mentol lampu Hue…
1 - Pilih mentol lampu untuk dikonfigurasikan dan
tekan OK. Mentol lampu yang anda pilih berkelip-
kelip.
2 - Pilih Mulakan dan tekan OK.
3 - Pertama, tunjukkan tempat anda meletakkan
mentol lampu yang berkaitan dengan TV.
Tetapan Sudut yang betul akan menghantar warna
Ambilight yang betul kepada mentol lampu. Pilih
dalam bar gelongsor untuk melaraskan kedudukan.
4 - Kedua, tunjukkan Jarak di antara mentol lampu
dan TV. Semakin jauh daripada TV, semakin lemah
warna Ambilight. Pilih bar gelongsor untuk
melaraskan jarak.
5 - Akhir sekali, tetapkan Kecerahan mentol
lampu. Pilih bar gelongsor untuk melaraskan
kecerahan.
6 - Untuk berhenti mengkonfigurasi mentol lampu
ini, pilih OK dan tekan OK.
7 - Dalam menu Konfigurasikan
Ambilight+hue, anda boleh melakukan yang sama
untuk setiap mentol lampu.
8 - Apabila semua mentol lampu Ambilight+hue
telah dikonfigurasikan, pilih Selesai dan tekan OK.
Ambilight+hue sedia untuk digunakan.
Matikan
Untuk mematikan Ambilight+hue...
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Ambilight dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Ambilight+hue dan tekan OK.
4 - Pilih Mati atau Hidup dan tekan OK.
5 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Perendaman
Dengan Perendaman, anda boleh melaraskan
ketepatan mentol Hue mengikuti Ambilight.
Untuk melaraskan perendaman Ambilight+hue...
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Ambilight dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Ambilight+hue > Perendaman dan
tekan OK.
4 - Tekan anak panah
(atas) atau
(bawah)
untuk melaraskan nilai.
5 - Tekan
(kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Lihat Konfigurasi
Dengan Lihat Konfigurasi, anda boleh melihat
persediaan sedia ada Ambilight+hue, rangkaian,
Bridge dan mentol.
Untuk melihat konfigurasi Ambilight+hue...
1 - Tekan
, pilih Semua Tetapan dan tekan OK.
2 - Pilih Ambilight dan tekan
(kanan) untuk
memasuki menu.
3 - Pilih Ambilight+hue > Lihat Konfigurasi dan
79