User manual

Tetapan Pemasangan Satelit
Tetapan pemasangan satelit dipratetapkan mengikut
negara anda. Tetapan ini menentukan cara TV
mencari dan memasang satelit dan salurannya. Anda
sentiasa boleh menukar tetapan ini.
Untuk menukar tetapan pemasangan satelit…
1 - Mulakan pemasangan satelit.
2 - Pada skrin untuk anda mula mencari satelit,
pilih Tetapan dan tekan OK.
3 - Pilih bilangan satelit yang anda mahu pasang
atau pilih salah satu sistem Unicable. Apabila anda
memilih Unicable, anda boleh memilih Nombor Jalur
Pengguna dan memasukkan Frekuensi Jalur
Pengguna bagi setiap penala.
4 - Apabila anda selesai, pilih Seterusnya dan
tekan OK.
5 - Pada menu Tetapan, tekan OK untuk kembali
kepada skrin untuk mula mencari satelit.
Transponder Pandu Tuju dan LNB
Dalam sesetengah negara, anda boleh melaraskan
tetapan pakar bagi setiap transponder pandu tuju dan
LNB. Hanya guna atau ubah tetapan ini apabila
pemasangan normal gagal. Jika anda mempunyai
peralatan satelit bukan standard, anda boleh
menggunakan tetapan ini untuk menolak tetapan
standard. Sesetengah penyedia mungkin memberikan
anda beberapa nilai transponder atau LNB yang anda
boleh masukkan di sini.
CAM Satelit
Jika anda menggunakan CAM – Modul Akses
Bersyarat dengan kad pintar – untuk menonton
saluran satelit, kami mengesyorkan untuk melakukan
pemasangan satelit dengan CAM dimasukkan ke
dalam TV.
Kebanyakan CAM digunakan untuk nyahkarau
saluran.
CAM generasi terbaharu (CI+ 1.3 dengan Profil
Operator) boleh memasang semua saluran satelit
sendiri pada TV anda. CAM akan menjemput anda
untuk memasang satelit dan salurannya. CAM ini
bukan sahaja memasang dan menyahkarau saluran
tetapi juga mengendalikan kemas kini saluran biasa.
Pakej Saluran
Operator satelit boleh menawarkan pakej saluran
yang mengelompokkan saluran percuma (siaran
percuma) dan menawarkan pengisihan yang sesuai
dengan negara. Sesetengah satelit menawarkan pakej
langganan - koleksi saluran yang anda bayar.
Jika anda memilih pakej langganan, TV mungkin
meminta anda untuk memilih pemasangan Pantas
atau Penuh.
Pilih Pantas untuk memasang saluran pakej sahaja
atau pilih Penuh untuk memasang pakej dan juga
semua saluran lain yang tersedia. Kami
mengesyorkan pemasangan Pantas untuk pakej
langganan. Jika anda mempunyai satelit tambahan
yang bukan sebahagian daripada pakej langganan
anda, kami mengesyorkan pemasangan Penuh.
Saluran yang dipasang diletakkan dalam senarai
saluran, Semua.
Persediaan Unicable
Sistem Unicable
Anda boleh menggunakan sistem Kabel Tunggal,
MDU atau sistem Unicable untuk menyambung
cakera antena kepada TV. Sistem Kabel Tunggal
menggunakan satu kabel untuk menyambung cakera
satelit kepada semua penala satelit dalam sistemnya.
Sistem Kabel Tunggal biasanya digunakan dalam
bangunan pangsapuri. Jika anda menggunakan
sistem Unicable, TV anda meminta anda untuk
menetapkan nombor jalur pengguna dan frekuensi
berkaitan semasa pemasangan. Anda boleh
memasang 1 atau 2 satelit dengan Unicable pada TV
ini.
Jika anda menyedari beberapa saluran hilang selepas
pemasangan Unicable, pemasangan lain mungkin
telah dilakukan pada masa yang sama dalam sistem
Unicable. Lakukan pemasangan lagi untuk memasang
saluran yang hilang.
Nombor Jalur Pengguna
Dalam sistem Unicable, setiap penala satelit yang
disambungkan mesti bernombor (cth. 0, 1, 2 atau 3
dll.).
Anda boleh menemui jalur pengguna yang tersedia
dan nombornya pada peti suis Unicable. Jalur
pengguna kadang-kadang diringkaskan sebagai UB.
Terdapat peti suis Unicable yang menawarkan 4 atau
8 jalur pengguna. Jika anda memilih Unicable dalam
tetapan, TV akan meminta anda untuk menetapkan
nombor jalur pengguna yang unik bagi setiap penala
satelit terbina dalam. Penala satelit tidak boleh
mempunyai nombor jalur pengguna yang sama
seperti penala satelit yang lain dalam sistem
Unicable.
93