User manual

Table Of Contents
21
Bantuan dan
Sokongan
21.1
Daftar TV anda
Daftar TV anda dan nikmati pelbagai faedah termasuk
sokongan penuh (termasuk muat turun), akses
istimewa kepada maklumat mengenai produk baharu,
tawaran dan diskaun eksklusif, peluang untuk
memenangi hadiah dan juga menyertai tinjauan khas
mengenai keluaran baharu.
Pergi ke www.philips.com/TVsupport
21.2
Penyelesaian Masalah
Hidupkan dan Alat Kawalan Jauh
TV tidak hidup
• Putuskan sambungan kabel kuasa dari salur keluar
kuasa. Tunggu selama seminit, kemudian
sambungkannya semula.
• Pastikan kabel kuasa disambung dengan kemas.
Bunyi berkerik-kerik pada permulaan atau
mematikan
Semasa anda menghidupkan,mematikan TV atau
kepada tunggu sedia, anda terdengar bunyi berkerik-
kerik daripada cesi TV. Bunyi berkerik-kerik berpunca
daripada pengembangan dan pengecutan TV yang
biasa semasa TV menjadi sejuk atau panas. Ini tidak
menjejaskan prestasi.
TV tidak bertindak balas terhadap alat kawalan jauh
TV memerlukan sedikit masa untuk dimulakan. Pada
masa ini, TV tidak bertindak balas terhadap alat
kawalan jauh atau kawalan TV. Ini adalah normal.
Jika TV terus tidak memberikan respons kepada alat
kawalan jauh, anda boleh memeriksa sama ada alat
kawalan jauh berfungsi dengan menggunakan
kamera telefon mudah alih. Tetapkan telefon kepada
mod kamera dan halakan alat kawalan jauh ke lensa
kamera. Jika anda menekan kekunci pada alat
kawalan jauh dan nampak kerlipan LED infra merah
melalui kamera, ini bermaksud alat kawalan jauh
tersebut berfungsi dengan betul. TV perlu diperiksa.
Jika anda tidak nampak kerlipan, alat kawalan jauh
mungkin rosak atau baterinya lemah.
Kaedah pemeriksaan alat kawalan jauh ini tidak boleh
dilakukan dengan alat kawalan jauh yang
digandingkan dengan TV secara wayarles.
TV kembali kepada mod tunggu sedia selepas
menunjukkan skrin permulaan Philips
Apabila TV ditetapkan kepada mod tunggu sedia,
skrin permulaan Philips dipaparkan, kemudian TV
kembali kepada mod tunggu sedia. Ini adalah normal.
Apabila TV diputuskan sambungan atau disambung
semula kepada bekalan kuasa, skrin permulaan
dipaparkan pada permulaan seterusnya. Untuk
menghidupkan TV daripada mod tunggu sedia,
tekan kekunci kuasa pada alat kawalan jauh atau
pada TV.
Lampu tunggu sedia terus berkelip-kelip
Putuskan sambungan kabel kuasa dari salur keluar
kuasa. Tunggu 5 minit sebelum anda menyambung
semula kabel kuasa. Jika lampu berkelip-kelip
semula, hubungi Layanan Pelanggan TV Philips.
Saluran
Tiada saluran digital ditemui semasa pemasangan
Lihat spesifikasi teknikal untuk memastikan TV anda
menyokong saluran digital di negara anda.Â
Pastikan semua kabel disambungkan dengan betul
dan rangkaian yang betul dipilih.
Saluran yang dipasang sebelumnya tidak muncul
dalam senarai saluran
Pastikan senarai saluran yang betul dipilih.
Kod PIN
Kod PIN boleh ditetapkan untuk menguncikan saluran
atau memberikan perlindungan daripada operasi
yang tidak dibenarkan, contohnya, memasang semula
TV dan menetapkan semula kod PIN. Jika anda
terlupa kod PIN anda, anda boleh membatalkan kod
semasa menggunakan kod 8888 dan memasukkan
kod baharu.
Gambar
Tiada gambar / gambar herot
• Pastikan antena disambungkan ke TV dengan betul.
• Pastikan peranti yang betul dipilih sebagai sumber
paparan.
• Pastikan peranti atau sumber luaran disambungkan
dengan betul.
Berbunyi tetapi tiada gambar
• Tukar kepada sumber video lain, kemudian tukar
kembali kepada sumber semasa, kemudian lakukan
pemulihan gaya gambar dalam tetapan Gambar atau
lakukan Set semula kilang dalam pilihan Tetapan
umum.
52