User Guide

Table Of Contents
berjaya disalin kepada TV. Cabut pemacu kilat USB.
5 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
6.3
Menonton saluran
Tala ke Saluran
Untuk mula menonton saluran TV, tekan SOURCES.
TV menala ke saluran terakhir yang anda tonton.Â
Sebagai alternatif, anda boleh memilih TV Langsung
daripada skrin Utama.
Tukar Saluran
Untuk menukar saluran, tekanSaluran + atau Saluran
-.
Jika anda mengetahui nombor saluran, taipkan
nombor dengan kekunci nombor.
Tekan OK selepas anda memasukkan nombor
untuk menukar saluran serta-merta.
Anda juga boleh menala ke saluran
daripada Senarai Saluran dengan menekan OK.
Kawalan Ibu Bapa
Kunci dan Buka Kunci Saluran
Anda boleh mengunci saluran untuk mengelakkan
kanak-kanak daripada menonton saluran. Untuk
menonton saluran yang dikunci, anda perlu
memasukkan kod PINÂ 4 digit dahulu. Anda tidak
boleh mengunci program daripada peranti yang
disambungkan.
Untuk mengunci dan membuka kunci saluran…
1 - Tekan MENU > Tetapan > Saluran >
Kawalan Ibu Bapa dan tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Saluran Disekat dan tekan OK.
4 - Tekan Kekunci navigasi ke atas atau ke bawah
untuk memilih saluran yang anda mahu kunci atau
buka kunci dan tekan OK.
5 - Saluran yang dikunci akan ditandakan dengan
ikon kunci.
6 - Secara alternatif, anda boleh memilih Sekat
semua atau Nyahsekat semua untuk
menyekat/menyahsekat semua saluran.
7 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Sekatan Program
Untuk menghalang kanak-kanak daripada menonton
program yang mungkin tidak sesuai mereka, anda
boleh menetapkan penilaian.
Saluran digital boleh menjadikan programnya dinilai.
Apabila penilaian program adalah sama atau lebih
daripada penilaian yang anda tetapkan, program
akan dikunci. Untuk menonton program yang
dikunci, anda perlu memasukkan kod PIN dahulu.
Untuk menetapkan penilaian…Â
1 - Tekan MENU > Tetapan > Saluran >
Kawalan Ibu Bapa dan tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Sekatan Program dan tekan OK.
4 - Pilih Hidup untuk menetapkan penilaian.
5 - Pilih Penilaian dan tekan OK.
6 - Tetapkan sekatan untuk anak anda.
7 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Untuk mematikan penilaian ibu bapa, pilih Tiada.
Bagaimanapun, di sesetengah negara anda perlu
menetapkan penilaian.
Untuk sesetengah penyiar/operator, TV hanya
mengunci program dengan penilaian yang lebih
tinggi. Penilaian ibu bapa ditetapkan untuk semua
saluran.
Input Disekat
Untuk mengelakkan penggunaan peranti yang
disambungkan, anda boleh mengunci sumber input.
Untuk menyambungkan sumber input yang dikunci
atau menonton saluran dalam sumber DTV atau ATV
yang dikunci, anda mesti memasukkan kod PIN 4
digit terlebih dahulu.
Untuk mengunci atau membuka kunci sumber
input…
1 - Tekan MENU > Tetapan > Saluran >
Kawalan Ibu Bapa dan tekan OK.
2 - Masukkan kod PIN anda jika perlu.
3 - Pilih Input Disekat dan tekan OK.
4 - Tekan Kekunci navigasi ke atas atau ke bawah
untuk memilih sumber yang anda mahu kunci atau
buka kunci dan tekan OK.
5 - Sumber yang dikunci akan ditandakan dengan
ikon kunci.
6 - Tekan Kembali berulang kali jika perlu, untuk
menutup menu.
Tukar PIN
Tetapkan kod PIN baharu atau tetapkan
semula. Kod PIN digunakan untuk mengunci atau
membuka kunci saluran atau program.
18