User Guide

Table Of Contents
19
Spesifikasi
19.1
Persekitaran
Label Tenaga Eropah
Label Tenaga Eropah memberi anda maklumat
tentang kelas kecekapan tenaga produk ini. Semakin
hijau kelas kecekapan tenaga produk ini, semakin
rendah penggunaan tenaganya.
Pada label, anda boleh menemukan kelas kecekapan
tenaga, penggunaan kuasa purata yang digunakan
produk ini dan penggunaan tenaga purata untuk
setiap 1000 jam. Anda turut boleh menemukan nilai
penggunaan kuasa untuk produk ini di laman web
Philips untuk negara anda di
www.philips.com/TVsupport.
Nombor Pendaftaran EPREL
Nombor pendaftaran EPREL
43PUS8007 : 1161775
50PUS8007 : 1166317
55PUS8007 : 1189551
65PUS8007 : 1189359
70PUS8007 : 1189409
75PUS8007 : 1189418
Akhir Penggunaan
Pembuangan produk lama dan bateri anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan dengan
bahan dan komponen berkualiti tinggi yang boleh
dikitar semula dan digunakan semula.
Apabila simbol tong beroda yang dipangkah
dilekatkan pada produk, ini bermakna produk
dilindungi oleh European Directive 2012/19/EU.
Sila ambil tahu tentang sistem pengumpulan
berasingan setempat untuk produk elektrik dan
elektronik.
Sila bertindak menurut peraturan setempat anda dan
jangan buang produk lama anda dengan sisa rumah
yang biasa. Pembuangan produk lama anda yang
betul membantu untuk mencegah akibat negatif yang
berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
Produk anda mengandungi bateri yang diliputi oleh
European Directive 2006/66/EC, yang tidak boleh
dilupuskan bersama dengan sisa rumah yang biasa.
Sila ambil tahu tentang peraturan setempat mengenai
pengumpulan berasingan bateri kerana pembuangan
yang betul membantu untuk mencegah akibat negatif
yang berpotensi terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
19.2
Kuasa
Spesifikasi produk tertakluk pada perubahan tanpa
notis. Untuk mendapatkan butiran spesifikasi lanjut
tentang produk ini, lihat www.philips.com/TVsupport
Kuasa
• Kuasa sesalur : AC 220-240V +/-10%
• Suhu sekitar : 5°C hingga 35°C
• Ciri penjimatan kuasa : Pemasa tidur, Pemasa mati,
Gambar dimatikan, Auto mati kuasa tiada isyarat,
Autotidur.
19.3
Sistem Pengoperasian
Android OS:
Android 11
48