User Guide

Table Of Contents
7
Panduan TV
7.1
Data Panduan TV
Dengan Panduan TV, anda boleh melihat senarai
program TV semasa dan berjadual bagi saluran
anda. Bergantung kepada tempat asal maklumat
Panduan TV (data), saluran analog dan digital atau
saluran digital sahaja yang ditunjukkan. Tidak semua
saluran menawarkan maklumat Panduan TV. TV
boleh mengumpulkan maklumat Panduan TV untuk
saluran yang dipasang pada TV. TV tidak boleh
mengumpulkan maklumat Panduan TV daripada
saluran yang dilihat daripada penerima digital atau
dekoder.
7.2
Menggunakan Panduan TV
Buka Panduan TV
Untuk membuka Panduan TV, tekan  TV
GUIDE. Panduan TV menunjukkan saluran bagi
penala yang dipilih.
Tekan  TV GUIDE  sekali lagi untuk menutup.
TV mengimbas semua saluran TV untuk mendapatkan
maklumat program semasa kali pertama anda
membuka Panduan TV. Ini mungkin mengambil masa
beberapa minit. Data Panduan TV disimpan pada TV.
Tala ke Program
Daripada Panduan TV, anda boleh menala ke
program semasa.
Untuk kembali ke program (saluran), pilih program
dan tekan OK.
Lihat butiran program
Untuk mendapatkam butiran program yang dipilih:
1 - Tekan  OPTIONS, pilih Maklumat Program
dan tekan OK.
2 - Tekan  Ke belakang untuk tutup.
Tukar Hari
Panduan TV boleh menunjukkan program dijadualkan
untuk hari akan datang (maksimum sehingga 8 hari).
Tekan kekunci warna  Hari dan pilih hari
yang anda perlukan.
Cari mengikut Genre
Jika maklumat tersedia, anda boleh mencari program
berjadual mengikut genre seperti filem, sukan, dll.
Untuk mencari program mengikut genre:
1 - Tekan  TV GUIDE.
2 - Tekan  OPTIONS.
3 - Pilih Cari mengikut genre dan tekan OK.
4 - Pilih genre yang anda mahu dan tekan OK.
Senarai dengan program ditemui akan muncul.
5 - Tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
* Nota: Fungsi Cari mengikut genre hanya tersedia
bagi negara tertentu.
28