User Guide

Table Of Contents
2
Menyediakan
2.1
Baca Arahan Keselamatan
Baca arahan keselamatan terlebih dahulu sebelum
anda menggunakan TV.
Untuk membaca arahan,
dalam Bantuan > Manual pengguna, tekan
kekunci warna  Kata Kunci  dan cari Arahan
Keselamatan.
2.2
Dirian TV dan Pelekapan
Dinding
Rak TV
Anda boleh menemui arahan untuk melekapkan rak
TV dalam Panduan Ringkas yang didatangkan
dengan TV. Sekiranya anda kehilangan panduan ini,
anda boleh muat turunnya daripada
www.philips.com/TVsupport.
Gunakan nombor jenis produk TV untuk
mencari Panduan Ringkas untuk muat turun.
Pelekapan Dinding
TV anda juga disediakan untuk pendakap
lekapan dinding (dijual berasingan).
Saiz lekapan dinding mungkin berbeza-beza
bergantung pada jenis bekas belakang yang
berlainan; rujuk Panduan Ringkas dalam pakej produk
anda untuk melihat saiz yang digunakan pada TV
anda.
Gunakan dimensi lekapan dinding berikut semasa
membeli lekapan dinding.
• 43PUS85x8
100x200, M6Â (min.: 10 mm, maks.: 12 mm)
• 50PUS85x8
200x300, M6Â (min.: 10 mm, maks.: 16 mm)
• 55PUS85x8
200x300, M6Â (min.: 10 mm, maks.: 16 mm)
• 65PUS85x8
300x300, M6Â (min.: 12 mm, maks.: 20 mm)
Awas
Pelekapan dinding TV memerlukan kemahiran
istimewa dan mestilah dilakukan oleh kakitangan
yang layak. Pelekapan dinding TV perlu menepati
standard keselamatan mengikut berat TV. Baca juga
langkah keselamatan sebelum meletakkan TV.
TP Vision Europe B.V. tidak bertanggungjawab atas
pelekapan yang tidak betul atau mana-mana
pelekapan yang mengakibatkan kemalangan atau
kecederaan.
2.3
Petua Pelekapan
• Letakkan TV di tempat cahaya tidak memancar
secara terus ke skrin.
• Keadaan pencahayaan yang malap di dalam bilik
untuk kesan Ambilight yang terbaik.
• Jarak paling sesuai untuk menonton TV adalah 2
hingga 5 kali ganda daripada saiz skrin pepenjurunya.
Semasa duduk, mata anda perlu sama paras dengan
tengah-tengah skrin.
• Jarak yang disyorkan pada dinding:
A. Jika dilekapkan pada dinding, letakkan TV pada
jarak 7 hingga 10 cm jauh dari dinding.
B. Apabila TV dipasangkan dengan dirian, letakkan TV
pada jarak 10 hingga 20 cm dari dinding bergantung
pada saiz dirian.
Nota:
Sila pastikan TV jauh dari sumber yang menghasilkan
debu dapur. Anda dicadangkan untuk membersihkan
habuk dengan kerap untuk mengelakkan habuk
masuk ke dalam TV.
2.4
Kabel Kuasa
• Masukkan kabel kuasa ke dalam
penyambung POWER di bahagian belakang TV.
• Pastikan kabel kuasa dimasukkan dengan selamat di
dalam penyambung.
• Pastikan bahawa palam kuasa, di dalam soket
dinding, boleh diakses pada bila-bila masa.
• Apabila anda menanggalkan palam kuasa, sentiasa
6