User Guide

Table Of Contents
sambungan penghala kepada Internet pula.
Sambungan PC dan Internet adalah lemah
• Rujuk manual pengguna penghala wayarles anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai julat dalam
bangunan, kadar pemindahan dan faktor kualiti
isyarat yang lain.
• Gunakan sambungan Internet kelajuan tinggi (jalur
lebar) untuk penghala anda.
DHCP
• Jika sambungan gagal, cuba semak tetapan DHCP
(Protokol Konfigurasi Hos Dinamik) pada penghala.
DHCP perlu dihidupkan.
Kualiti rendah apabila menonton video penstriman
• Kualiti imej/bunyi video strim bergantung pada
kandungan video asal yang dibekalkan oleh aplikasi
video penstriman.
• Untuk memastikan pengalaman tontonan video
penstriman yang terbaik, sambungan rangkaian yang
pantas dan stabil adalah penting. Kelajuan
sambungan rangkaian yang disyorkan untuk
penstriman video adalah seperti yang berikut:
- Kualiti imej standard (SD): 5 Mbps
- Kualiti imej tinggi (HD): 10 Mbps
- 4K/Ultra HD (UHD): 25 Mbps
Bluetooth®
Tidak dapat berpasangan
• Pastikan peranti anda berada dalam mod
berpasangan. Baca manual pengguna peranti.
• Pastikan pembesar suara wayarles sehampir yang
mungkin dengan TV.
• Anda tidak boleh memasangan beberapa peranti
dengan TV pada masa yang sama.
Sambungan Bluetooth® terputus
• Sentiasa tempatkan pembesar suara wayarles
dalam lingkungan 5 meter dari TV.
Penyegerakan Audio dan Video Bluetooth®
• Sebelum anda membeli pembesar suara
Bluetooth® wayarles, pastikan anda tahu tentang
kualiti penyegerakan Audio kepada Video, yang
biasanya dipanggil 'segerak bibir'. Bukan semua
peranti Bluetooth® berfungsi dengan betul. Minta
nasihat daripada penjual anda.
Bahasa Menu Salah
Bahasa menu salah
Tukar bahasa kembali kepada bahasa anda dalam
mod Google TV.
1 - Tekan kekunci DASHBOARD pada alat
kawalan jauh untuk melancarkan menu Papan
Pemuka.
2 - Pilih ikon dan tekan OK untuk membuka menu
Tetapan.
3 - Tekan 6 kali  (bawah) dan tekan OK untuk
memasuki menu Sistem.
4 - Tekan 3 kali (bawah) dan tekan OK untuk
memasuki menu Bahasa
5 - Pilih bahasa anda dan tekan OK.
6 - Tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
Tukar bahasa kembali kepada bahasa anda dalam
Mod Asas.
1 - Tekan kekunci DASHBOARD pada alat
kawalan jauh untuk melancarkan menu Papan
Pemuka.
2 - Pilih ikon dan tekan OK untuk membuka menu
Tetapan.
3 - Tekan 7 kali  (bawah) dan tekan OK untuk
memasuki menu Sistem.
4 - Tekan 3 kali (bawah) dan tekan OK untuk
memasuki menu Bahasa
5 - Pilih bahasa anda dan tekan OK.
6 - Tekan  Ke belakang untuk menutup menu.
23.5
Bantuan Dalam Talian
Untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan TV
Philips, anda boleh merujuk sokongan dalam talian
kami. Anda boleh memilih bahasa anda dan
memasukkan nombor model produk anda.
Pergi ke www.philips.com/TVsupport
Di laman web sokongan, anda boleh menemui
nombor telefon negara anda untuk menghubungi
kami serta jawapan untuk Soalan Lazim. Di
sesetengah negara, anda boleh bersembang dengan
salah seorang rakan usaha sama dan membuat
pertanyaan secara terus atau menghantar pertanyaan
melalui e-mel.
Anda boleh memuat turun perisian TV baharu atau
manual untuk dibaca pada komputer anda.
23.6
Sokongan dan Pembaikan
Untuk sokongan dan pembaikan, hubungi talian
penting Layanan Pelanggan di negara anda. Jurutera
perkhidmatan kami akan melakukan pembaikan, jika
perlu.
Cari nombor telefon dalam dokumentasi bercetak
yang disertakan dengan TV.
Atau rujuk laman web
kami www.philips.com/TVsupport dan pilih negara
anda jika perlu.
Nombor model dan nombor siri TV
Anda mungkin diminta untuk memberikan nombor
80