User Guide

Table Of Contents
6.5
Saluran Kegemaran
Perihal Saluran Kegemaran
Dalam senarai saluran kegemaran, anda boleh
mengumpulkan saluran yang anda suka.
Anda boleh mencipta 8 senarai saluran kegemaran
yang berbeza untuk penukaran saluran dengan
mudah. Anda boleh menamakan setiap Senarai
Kegemaran secara individu. Anda boleh atur semula
saluran hanya dalam Senarai Kegemaran sahaja.
Dengan memilih Senarai Kegemaran, tekan anak
panah  (ke atas) atau  (ke bawah) untuk
memilih saluran, kemudian tekan OK untuk
menonton saluran dipilih. Anda hanya menala ke
saluran dalam senarai tersebut apabila menggunakan
kekunci   atau  .
Cipta Senarai Kegemaran
Untuk mencipta senarai saluran kegemaran:
1 - Tekan , untuk beralih kepada TV.
2 - Tekan OK untuk membuka senarai saluran
semasa.
3 - Tekan  OPTIONS.
4 - Pilih Cipta Senarai Kegemaran dan
tekan OK.
5 - Dalam senarai di sebelah kiri, pilih saluran yang
hendak disertakan sebagai kegemaran dan
tekan OK. Saluran diletakkan ke dalam senarai di
sebelah kanan mengikut turutan anda
menambahkannya. Untuk membuat asal, pilih saluran
dalam senarai di sebelah kiri dan tekan OK sekali
lagi.Â
6 - Jika perlu, anda boleh teruskan memilih dan
menambah saluran sebagai kegemaran.
7 - Untuk menyelesaikan penambahan saluran,
tekan  Ke belakang.
TV akan meminta untuk menamakan semula Senarai
Kegemaran. Anda boleh menggunakan papan
kekunci pada skrin.
1 - Gunakan papan kekunci pada skrin untuk
memadamkan nama semasa dan memasukkan nama
baharu.
2 - Setelah selesai, pilih Tutup dan tekan OK.
TV akan bertukar kepada Senarai Kegemaran yang
baru dicipta.
Anda boleh menambahkan pelbagai saluran sekali
gus atau memulakan Senarai Kegemaran dengan
menduplikasi senarai saluran dengan semua saluran
lalu mengalih keluar saluran yang tidak dikehendaki.
Saluran dalam Senarai Kegemaran akan dinomborkan
semula.
Edit Kegemaran
Untuk menambahkan julat saluran yang berturutan
pada Senarai Kegemaran sekali gus, anda boleh
menggunakan Edit Kegemaran.
Untuk menambah julat saluran:
1 - Buka Senarai Kegemaran yang anda hendak
tambahkan julat saluran.
2 - Tekan  OPTIONS, pilih Edit Kegemaran
dan tekan OK.
3 - Dalam senarai di sebelah kiri, pilih saluran
pertama bagi julat yang hendak anda tambahkan dan
tekan OK.
4 - Tekan  (bawah) untuk memilih saluran
terakhir bagi julat yang hendak anda tambahkan.
Saluran ditandakan di sebelah kanan.
5 - Tekan OK untuk menambah julat saluran ini
dan sahkan.
Anda juga boleh mula mencipta Senarai Kegemaran
daripada Edit Kegemaran.
Namakan semula Senarai Kegemaran
Untuk menamakan semula Senarai Kegemaran:
1 - Buka Senarai Kegemaran yang anda mahu
menamakan semula.
2 - Tekan  OPTIONS, pilih Namakan Semula
Senarai Kegemaran dan tekan OK.
3 - Gunakan papan kekunci pada skrin untuk
memadamkan nama semasa dan memasukkan nama
baharu.
4 - Setelah selesai, pilih Tutup dan tekan OK.
5 - Tekan  Ke belakang untuk menutup
senarai saluran.
Alih Keluar Senarai Kegemaran
Untuk mengalih keluar Senarai Kegemaran:
1 - Buka Senarai Kegemaran yang mahu dialih keluar.
2 - Tekan  OPTIONS, pilih Alih Keluar Senarai
Kegemaran dan tekan OK.
3 - Sahkan untuk mengalih keluar senarai.
4 - Tekan  Ke belakang untuk menutup
senarai saluran.
Atur Semula Saluran
Anda boleh mengubah turutan saluran (atur semula)
hanya dalam Senarai Kegemaran.
Untuk menukar turutan saluran:
1 - Buka Senarai Kegemaran yang mahu diatur
semula.
25